Halaman

Selasa, 15 Julai 2014

Nur Ramadhan

Bila tinggal berdua sahaja dengan ibu_suri, agak mudah sikit aku nak fikir pasal juadah berbuka mahupun sahur. Malah semakin jauh kami memasuki Ramadhan semakin simple juadah kami. 

Semalam makan sahur dengan telur mata kerbau 3/4 masak dengan kicap sahaja. Tadi berbuka dengan kuih dan martabak. Sanbil berbuka sambil menonton drama Berlima Di Ramadhan. Drama yang menyentuh perasaan...

Betul kata JH, Martabak Ceruk To Kun kat Bazar Ramadhan depan taman rumah aku ni cukup sedap. Isinya halus dan cukup rasa. Kalau tengok dari bentuk gigi, aku agak, 3 anak muda yang berniaga ini adalah adik beradik. Bila ibu_suri tanya pasal apa martabak mereka dinamakan Martabak Ceruk Tok Kun, aku pun tak tahu.

Boleh dikatakan saban masa ibu_suri akan bertanyakan Akhmal. Aku pun tak tahu apa status Akhmal sekarang ini di IPD Perda. Beberapa kawannya menghantar mesej bertanyakan Akhmal kepada aku tapi aku tak jawap lansung mesej mereka. Apa aku nak jawapkan?

Hari ini, adik aku Darul menimang cahaya mata yang ke 6. Muga Allah murahkan rezeki adikku dengan kelahiran yang ini. Aku cadangkan nama Nur Ramadhan. Ntah dia berkenan, ntah tidak...

Tetiba pula aku teringat kepada Dr Said Ramadhan Al Buti. Kitab tulisannya selalu menjadi teks usrah aku dulu hingga sekarang!

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Buka puasa kami juga ringkas. Roti cicah kuah. Itulah kegemaran keluarga. Perut pun rasa ringan.

Nor Azimah berkata...

kami tetap nasi berlauk, sebab malas nak masak masa sahur, tinggal panaskan je..bulan puasa ni kalau asyik nak fikir pasal makan je, ibadah pun tak sempat nak difikirkan.

hrusli61 berkata...

Walaupun sudah sekian kali Akhmal ditahan sebegini namun saudara IM harus membuat perancangan.

1. Dengan menerima terus apa-apa keputusan dari pihak berwajib.
- 'By default'

2. Jika Akhmal tidak sepatutnya ditahan kerana terinaya atau tidak bersalah sebab-sebab tertentu maka saudara IM harus mencuba melepaskan beliau dari terus-terusan ditahan.


Dengan mengambil keputusan kedua tidak boleh terhenti sekadar membebaskan Akhmal sahaja. Harus ada perancangan untuk memulih, merubah untuk masa depannya. Saya beranggapan beliau mesti dipulihkan dahulu.

Gunakanlah bantuan atau sokongan rakan-rakan yang berpengaruh seperti pengawai polis, pengamal undang-undang atau orang politik untuk melepaskan akhmal.

Akhmal perlu berhijrah dari tempat kebiasaannya. Amat penting kita harus terus-terusan membantunya tanpa jemu.

Mungkin amat senang saya menyarankan tetapi inilah sahaja sumbangan saya untuk membantu saudara IM.

NzA berkata...

kalau berbuka n bersahur ank2 saya mesti nak makan nasi.
Kalau dah berdua senangkan.