Halaman

Isnin, 14 Julai 2014

Lengang

Akhmal masih belum balik. Di tahan di lokap IPD Perda. Selalunya, ditahan reman hingga mendapat tarikh perbicaraan dari mahkamah.

Terasa lengang berbuka puasa  dan sahur hari ini. Berbuka dan sahur Akhmal ditanggung oleh IPD, mungkin!

Sesekali fikir, agaknya... apakah hikmah dari Allah atas ujian ini? Adakah Dia mahu aku berihat seketika dengan cukup menjaga ibu_suri sahaja untuk beberapa hari ini.

Kekadang timbul rasa bersalah kerana aku gagal memegang amanah untuk menjaga Akhmal ke arah menjadi insan yang baik. 

Justeru itu, aku malu untuk bertemu dengan mak Akhmal yang pernah satu ketika menghantar mesej kepada aku untuk bertemu anaknya. Apa yang akan aku jelaskan kepada dia tentang Akhmal? Tiada perkataan...

1 ulasan:

hrusli61 berkata...

Hanya perkataan "sabar'" sahaja mampu aku berikan agar dikau tabah menghadapinya.

Beri tumpuan kepada Rahmat Allah yang kau tagih.

KeampunanNya yang tidak terhingga.

Kebebasan dari Api Neraka permintaan kita.

Dan yang akhirnya kurniaan Maqam Taqwa pemberianNya.