Halaman

Jumaat, 8 Ogos 2014

Alam Baru

Kawan sekerja yang akan melalui last day Jumaat ini dah mula pack barang. Aku yang di extend  2 minggu lagi hanya melempar senyum. Tak dapat nak bayangkan minggu depan; bagaimana agaknya suasana kerja dan makan di kantin tanpa geng-geng lama ini.

Aku bicarakan pada JH bahawa aku perlu menyediakan diri dari sekarang untuk berhadapan dengan dunia baru ini. Dunia yang akan sunyi dari gelak tawa otaai-otai dan kesibukan trafik pergi dan balik kerja.

Ramai bertanya; aku nak buat apa bila berhenti kerja nanti? Aku cuma jawap... belum ada apa-apa rancangan. Dalam pada itu ada juga offer dari seseorang yang sedang setup satu bisnes ala-ala bidang kerja aku sekarang ini - calibration. Kalau betul menjadi kenyataan, aku akan menjadi mobile staff  yang tidak terikat dengan punch card. Not bad, kan! Justeru aku akan pastikan segala sijil-sijil kursus calibration itu akan aku bawa pulang bersekali dengan nota-nota kursus. Paling berharga ialah sijil kursus ISO/IEC 17025.

Sudah tenunya beberapa hari pertama aku akan menilai perbelanjaan keseluruhanku berbanding pampasan yang akan aku terima. Tolak bahagi dharab semuanya. Aku bercadang untuk menyimpan sebahagian dari pendapatan aku itu ke dalam akaun LUTH yang aku kira akan selamat dari urusan zakat, tinggi pulangan keuntungan setiap tahun dan terjamin konsep halalan toyyibannya. Apa pendapat kalian?

Kemudian aku akan bawa ibu_suri berjalan-jalan menziarahi saudara mara yang jarang-jarang dapat aku temui. Itu mungkin untuk seminggu. Tak seperti orang lain yang aku dengar ada yang hendak pergi melancong ke tempat-tempat peranginan. Pada aku itu cuma menghabiskan duit tanpa mendapat apa-apa pulangan yang lebih mendatangkan keberkatan.

Umrah? Hum... itu perancangan bila mencapai umur 55 nanti!

Selepas itu aku akan mula memancing kerja yang sesuai dengan usia dan kemampuan. Alaaa... kerja-kerja biasa. Cuci pejabat ke atau kerja kat stesyen petrol. Kerja dengan Propel cuci tandas RnR pun ok juga...

"Betul ke ayah boleh buat kerja macam tu? Dah puluh tahun ayah kerja dalam ofis dan pegang pen serta screw driver je...?" soal Angah!

5 ulasan:

mario berkata...

simpan dalam tabung mmg terbaik kot buat masa sekrg...siap dah potong zakat sebelum bg dividen...
wah best tu klu dpt keje yg tk terikat dgn punch card tu..., gaji pun bole tahan jgk tu... huhhu

Tanpa Nama berkata...

Muga Allah permudahkan segala urusan pak IM. Aamiin.

Nor Azimah berkata...

Selamat menempuh alam baru ye IM, moga dipermudahkan segala urusan, amin

smbotak berkata...

Bang IM, kalau yang pergi umrah tu didahulukan pun cantik jugak. Sebab kita tak tau keadaan akan datang tu macamana. Contohnya tambang naik, masalah kesihatan atau masa yang langsung tak ada sebab dah sibuk dengan urusan lain.

Ros Illiyyuun berkata...

Selamat menjengah alam baru. Semoga Allah memberkati.