Halaman

Khamis, 7 Ogos 2014

Puasa Syukur

Alhamdulillah, odit oleh SIRIM di ofis aku tadi berakhir dengan tanpa NCR. Begitu manis kesudahan odit ini hingga buatkan hatiku terasa lapang dan gembira kerana berjaya melaluinya. Ibarat perumpamaan: harimau mati meninggalkan belang, aku pergi meninggalkan nama yang baik.

Tapi tulah dia.... selepas cabaran menguruskan hal-hal puasa keluarga pada Ramadhan yang lalu, kemudian mengurus hal-hal Syawal pula disambung bertali arus dengan persiapan menghadapi odit. Tak cukup dengan stayback untuk sudahkan kerja pada hari-hari biasa aku datang pada hujung minggu. (Alangkah hebatnya kalau boleh buat begini juga dalam kerja-kerja dakwah, kan!)

Bos pula saban hari datang ke ofis untuk followup. Kekadang keluar dengan muka yang merah. 

Aku tetap ingat pada pesan mak bilamana berhadapan dengan masa-masa getir seperti ini. Pesan mak;

"Laluilah setiap hari yang susah itu satu demi satu dengan sabar dan doa. InsyaAllah, akan sampai satu masa kamu akan berjaya menempuhinya."

Masa-masa beginilah aku paling banyak berdoa dan berserah pada Tuhan. Solat Hajat dan bersendirian.

Semasa odit tadi seolah-olah Tuhan memakbulkan semuanya. Banyak dari aktiviti odit tadi seperti Allah yang dorongkan ianya lancar dan sempurna. 

Aku amat berterima kasih pada pasukan sokonganku seperti Junaidi, Mahadev, Ong WH (bos aku), Gan CH, Ong KS (QA), Xavier, Kamal, Ananda Raja dan Lim SC (PUR) yang banyak membantu dengan begitu positif. Maklumlah, aku ni bukan reti bercakap. Depa-depa nilah yang akan menjawap atau berhujah dengan oditor En Kamarul bila saja aku stuck dengan soalan-soalan perangkap.

Balik kerja dalam kereta tadi aku teringat nak lakukan puasa sehari tanda syukurku pada Allah, sebaik-baik tempat bergantung.

Lepas sudah satu galang. Kini aku boleh fokus kepada persiapan untuk dunia baruku.... dunia tanpa pekerjaan.

Khabarnya, esok akan ada Hi-Tea untuk penerima MSS seperti aku. Aku baru saja dapat talipon dari pihak HR yang memberitahu bahawa bos minta aku extend selama 2 minggu lagi untuk train pengganti aku.

Walaupun bila aku beritahu ibu_suri akan berita itu mukanya agak kurang senang, aku take it easy. Tak apalah, sabar sat... 2 minggu saja. Kesian juga kat depa yang tinggal terkontang kanting.

5 ulasan:

❤Kamsiah❤ berkata...

Alhamdulillah..dipermudahkan segalanya..

sud@is berkata...

Tahniah IM ,. rasa berbaloi kan penat lelah....

BungaTulip berkata...

Lega rasanya bila audit dah selesai. lagi lega bila semuanya berjalan dengan lancar. Semoga perjalanan Pak IM selepas ini di permudahkan.

#harap belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya buat Pak IM sekeluarga.

JR berkata...

Alhamdulillah dah selesai satu bab. Lepas ni bab nak mengisi hari-hari bersara secara produktif pula ....

Tanpa Nama berkata...

syabas