Halaman

Selasa, 26 Ogos 2014

Berjamaah

Rupanya semalam kuliah Maghrib oleh Tuan Guru Hj Salleh Musa. Dah sebulan lebih beliau tidak datang mengajar kerana Ramadhan, hari ini beliau baru mula. 

Beliau membaca 3-4 baris ayat saja dalam setiap kali kuliahnya. Namun kupasannya itu yang panjang. Memakan masa sejam lebih. Mantap dan berkesan. Pengajian ilmu Tauhidnya memang mendalam.

Berasa serononk sekarang ini kerana aku punyai cukup masa untuk ke kuliah mahupun berjamaah di masjid. Memang tak sama rasanya bersolat di masjid berbanding di rumah. Ketenangan dan kesyahduan yang tak dapat dikatakan. Walaupun kekadang ibu_suri merengek tapi sabarlah aku dalam mendepani kerenahnya itu. Aku percaya, aku buat perkara yang baik dengan niat yang baik.. Allah akan membantu.

Selain mengisi masa dengan masjid, aku selang sehari beriadah di Taman Tunku, Seberang Jaya. Memasak bila tengahari dan bawa ibu_suri jalan-jalan bila malam. Esok ada boling dengan rakan-rakan seusrah. Hujung minggu pula membantu Tadika Amal Rintis menjayakan program sukan. Tak sabar menanti semua itu.

Buat masa ini aku rileks dulu dari berfikir soal kerja.  Sebaliknya menyemak senarai tugas perlu selesai dan kewangan sekaligus mahu melunaskan mana-mana yang mesti terlebih dulu.

Kemas rumah, perbaiki mana-mana yang rosak dan tak berfungsi serta menziarahi saudara mara yang dah lama tak di sapa.

Aku berkira-kira untuk mencari kerja yang tak terikat dengan masa. Juga timbul keinginan untuk Umrah namun mungkin tahun depan. Settle hutang piutang dulu. Gaji Ogos belum dapat lagi ni walaupun dah 26 hb..he..he..

Sebenarnya aku ini dalam pasca membiasakan diri dengan alam persaraan. Atau kalau dalam istilah aku  masa kerja dulu... sedang calibrate diri sendiri!


6 ulasan:

Kakcik Nur berkata...

Kakcik juga sedang cuba 'menyesuaikan diri'...

sud@is berkata...

Selamt bersara Im, moga lebih tenang dan aman dari kerenah tempat kerja....

JR berkata...

Masa mula-mula bersara mungkin akan rasa sedikit perasaan keterasingan, tapi lama-lama tentu gembira selepas dapat sesuaikan diri. Apa yang penting kini IM tentu rasa lebih rapat dengan masyarakat dan Pencipta kita...

Nor Azimah berkata...

lebih masa berkualiti untuk DIA, kalau tak asyik tergesa-gesa aje...

Nor Azimah berkata...

lebih masa berkualiti untuk DIA, kalau tak asyik tergesa-gesa aje...

Tanpa Nama berkata...

Steady en yob