Sabtu, 30 Ogos 2014

Longkang dan Tandas

Alhamdulillah... diizin Allah untuk bersama-sama dengan rakan-rakan IKRAM dan guru-guru Tadika Amal Rintis tadi di SR Seri Impian menjayakan Sukan Tahunan TAR. Ingat nak jadi orang yang pertama sampai di lokasi rupanya guru-guru TAR lebih awal dan komited.

"Akhi jadi pengadil, boleh ya?" pinta seorang guru. Aku angguk saja walaupun aku tak biasa kerja di tengah padang. Selalunya samada setup sound system atau setup stage. Aku sebenarnya sedang cuba berkata boleh pada kerja-kerja dakwah.

Memang renyah dalam nak kawal budak-budak ni. Ada yang menangis, ada yang hepi satu macam jer, yang berlari kesana kemari dan yang tenggelam dalam dunia sendiri pun ada.

Aku sebenarnya ada ambil beberapa foto untuk dikongsi ke dalam blog ini tapi henfon yang baru beli ni aku tak pandai guna sangat. Alaa... bukan canggih mana pun. Murah je harganya - RM180 dan masih keypad style. Talipon lama, contact pin kat poket simkad dah patah. 

Aku cuba beramah mesra dengan ibu bapa yang hadir kebanyakannya aku kenal juga. Sesekali aku di singgit oleh kawan-kawan sebagai OKB. Ha.. ha.. itu sangka mereka sedangkan sebenarnya pampasan yang aku dapat itu kecil jumlah. Tak caya tanya ibu_suri yang juga mengeluh bila aku diasak untuk akhirnya memberitahu...

Aku yang last sekali balik bersama dengan mantan naqib aku.. Isa. Setelah aku pastikan tandas semua di cuci dengan bersih (rupanya ada lambakan muntah dalam sinki. Juga aku teringat kisah seorang prof yang meminta izin jawatnkuasa masjid untuk 'ambil kontrak' cuci tandas setiap hari. Bila ditanya kenapa, jawapnya ini saja caranya dia dapt mencuci riak di hatinya), aku kutip sampah di merata kawasan keliling dan akhiri dengan memastikan air tidak bertakung dalam longkang. Peliknya longkang ini di design airnya mengalir ke atas dan bukannya terus ke longkang besar.

Balik, terasa badan amat letih akan tetapi paksa diri untuk hadir kenduri rumah jiranku Rosnah (yang juga ex-Hitachi sesama kerja dengan aku tahun 80an dulu...). Kemudian bawa ibu_suri carikan Rosa T nya yang dah kehabisan. Kalau tak dibeli yang baru akan lagi letihlah aku mendengar pot... pet... nya nanti....


p/s:

Foto sukan TAR boleh lihat di sini

4 ulasan:

JR berkata...

Terharu dengan falsafah prof itu yg mencuci tandas bagi membersih riak dihati. Saya juga selalu mencuci tandas (cuma tandas rumah!) tapi rasanya pencucian sekecil yg saya lakukan itu tidak akan dapat menghapus riak yang kadang-kadang berlaku di bawah sedar sejak kecil2 dulu...

Tanpa Nama berkata...

Pendapatan yg berkat itulah yg paling utama biarpun sedikit. Muga Allah memudahkan urusan dunia dan akhirat Pak IMsklrga. Aameen

Tanpa Nama berkata...

bang IM, apa maksud perkataan `singgit' tu ye? yang saya tau, singgit tu singkatan seringgit...

insan marhaen berkata...

JR,
Itu hanya simbolik bagi seseorang. Kita mungkin ada cara lain bagi mengikis riak atau ego.

Contohnya mengakui kritikan isteri atau anak tentang kita.

Tanpa Nama,
Betul tu. baru je dengar ceramah UAI dalam youtube tadi pasal rezeki sedikit tapi berkat. berkat bila masih bolehbersedekah dan kerjakan haji.

SM botak,
singgit tu loghat Perak. maksudnya lebihkurang macam perli la...