Selasa, 5 Ogos 2014

Otai Ba

Hari ini dah mula odit SIRIM selama 3 hari. Esok depa akan masuk kebilik aku belah petang. Lebih kurang 3 jam aku akan berdepan dengan soalan mereka. Ni rasa nak demam tak demam sama banyak. Dah berhari-hari aku balik lewat atau datang walaupun hari cuti. 

Walau macammana rasa tertekan atau letih, bila balik rumah tetap lepas itu bawa ibu_suri jalan-jalan. Harap lepas aku berhenti kerja sekitar seminggu dua lagi ini, aku akan rasa lega dan lapang dada.

Hari ini sorang kawan aku, last day. Gelaran popularnya.. Otai Ba. Nampak je kecik molek tapi isteri 2 tu be... Tapi dia seorang suami yang baik dan adil serta bertanggungjawap.

Otai Ba... tahun 70an...

Khabarnya aku diminta oleh bos untuk sambung kerja selama 2~3 minggu lagi sebab nak latih orang baru. Aku kesian juga lalu setuju tapi ibu_suri pula bising dan merungut. sabar ajelah... Dia mana tahu selok belok dan susahpayah kerja aku. Yang dia mahu ialah aku sentiasa ada di depan mata dia.

Namun, aku tahu masa akan terus berjalan dan masa aku untuk keluar dari segala beban kerja akan sampai juga. Malah masa aku tua dan kemudiannya ajal juga akan tiba.

Doakan aku agar odit aku esok berjalan dengan baik. Bos kata, kalau auditor jumpa kesilapan yang sama berulang kali ini, mungkin sijil ISO syarikat aku akan digantung. Fuhhhh... berat tu!

Oklah... stop kat sini. Bising bebenor ibu_suri ni sebab katnya aku lama sangat mengadap laptop. Dia mau aku bawa dia jalan-jalan....

4 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Layankanlah selagi ada kudrat dan upaya..

insan marhaen berkata...

kakcik,

memang gitulah tanggungjawap IM...

Kamsiah yusoff berkata...

ibu suri bosan terperap dirumah...tanpa boleh berbuat sesuatu..sbb tu sentiasa mahu suaminya ada disisi...

sud@is berkata...

Ooo ni kira diakhir2 perkhidmatan la ni....setiap orang masanya akan sampai juga....