Isnin, 1 September 2014

Excell

Pengetahuan aku yang sesikit dalam penggunaan Excell masa kerja dulu rupanya berguna untuk merangka penggunaan pampasan MSS. Baru nampak betapa malangnya aku dek tidak ambil berat soal hutang. Tidak komited untuk lunaskan secepat mungkin sebelum usia mencecah 50.


Aku ambil keputusan untuk menyimpan di 3 lokasi berdasarkan fungsi;

LUTH - untuk simpanan kekal, Haji dan Umrah
BANK RAKYAT - untuk bekalan perbelanjaan selama 9 bulan akan datang
MAYBANK - untuk perbelanjaan sebulan

Aku harap dengan sistem ini aku boleh kawal simpan dan belanjaku. Seiringan itu aku perlu fikir bagaimana nak menjana pendapatan baru.

Aku lebih cenderong untuk memiliki kerja yang flexible hours. Ianya aku kira tidak akan mengikat aku dari membuat usaha-usaha dakwah.

"Abang nak kerja apa yang macam gitu?" soal ibu_suri.

"Err... jual tin-tin minuman ke, online bisnes ke...."

Yer..ke...? Aku meraba dagu yang kasar dek tunggul-tunggul janggut...

7 ulasan:

sud@is berkata...

online bisness pun tak kurang hebatnya...

faizah berkata...

Kalau perlu staff untuk paper work.. offer la saya.. hehe.. Sy surirumah sepenuh masa.

Unknown berkata...

Assalam IM
Muga2 Allah permudahkan jalan hidup Im selepas berhenti kerja..

JR berkata...

Business online? Idea bagus tu. Sekarang ramai profesional yg letak jawatan dan berkecimpung dalam business online. Tak perlu pejabat, boleh buat kerja di rumah aje, waktu kerja fleksibel, pendapatan boleh tahan, tak payah kena marah dengan boss. Cuma kena tahu bidang yg sesuai dengan kita dan menguntungkan...

radziah AR berkata...

Terbaik IM.
Dulu arwah ayah selalu suruh tulis belanjawan dlm buku. Memang saya buat apa yang ayah suruh. Sejak zaman sekolah. Tapi ada pasang surut...kadang tulis, kadang tak...
Sehingga kini, saya masih mencatatnya...perbelanjaan bulanan tetap (bil), bila keluar duit poket, tulis apa yg dibeli...
Tapi masa berubah, kini belanjawan saya sama mcm IM, dalam excel. Dalam buku kecil yg sentiasa ada dlm handbag, hanya tercatat bil yg perlu dibayar utk setiap bulan.

Tanpa Nama berkata...

Berpandu dr zakat..IM dpt less then 150k la..
Pekerja swasta mcm kita..kn rancang persaraan...beruntung la org yg keja Gomen..semuga Allah pemudahkan urusan IM dan Saya

Bunda_nora berkata...

Tak kiralah kita di sektor mana pun ...perancangan yang baik untuk masa depan itu yang paling di utamakan....semoga dipermudahkan...