Semalam Angah datang bersama Marissa. Macam selalu... selalu sejak aku dapat MSS ini...
"Ayah.. Macam mana dengan ayah punya plan.. on schedule ka..?"
Dan seterusnya...pot..pet...pot...pet.. menasihatkan aku... begitu dan begini.. Lagu yang dah hampir sama aku mendengarnya dari setiap orang yang aku jumpa sejak bersara ini.
Dan seterusnya...pot..pet...pot...pet.. menasihatkan aku... begitu dan begini.. Lagu yang dah hampir sama aku mendengarnya dari setiap orang yang aku jumpa sejak bersara ini.
Bila aku ke rumah mertua, bapa mertua aku pun tak henti-henti bercakap akan bawa aku balik kampung untuk tengok kerja kampung yang boleh di buat. Bila aku jumpa kawan-kawan, ada yang suruh simpan kat sini. Jangan percaya si anu. Jangan rehat lama sangat. Minta kerja kat sini.
Yelah... Silap aku juga. Bila depa tanya... Hang dah ada plan ke nak buat apa lepas ni? Aku jawap... belum ada.
Ada yang tanya... Hang nak buat apa dengan pampasan hang tu? Aku jawap.... tengok dulu!
Takkan aku nak bagitau semuanya apa yang ada dalam benak aku. Aku dah mula belajar dari pengalaman masa mula-mula dulu.
Dulu.. aku ni terlalu betul bendul bagitau apa yang rancang. Yang tak bestnya ada antaranya yang bukan saja menidakkan wawasan aku sebaliknya memperlecehkan hingga buat aku rasa luntur.
Aku bimbang pada kebenaran kata-kata ini;
'Masa senang kita ramai kawan tapi bila susah kita akan kesaorangan'
Itulah juga yang aku ungkapkan kepada Angah semalam...
7 ulasan:
Pendapat dan pandangan - mungkin semuanya boleh didengar tapi bukan semuanya boleh diikut... :)
Kakcik,
Memang betul kata kakcik tu. Tapi kekadang ada di antara kata-kata mereka itu membuatkan kita rasa jatuh semangat. Dan ada kalanya merasakan bahawa kita tersilap membuat pilihan dulu.
Insya-Allah dah lebih dari matang kan IM. Moga pampasan itu dpt dimanfaatkan sebaik-baiknya. Kalau dpt umrah lepas-lepas musim haji kelak best juga kan...
saya yakin IM lebih tau mana yang terbaik, kita mmg boleh dengar tapi tak semua boleh kita ambil, betul tak?
Kita ikut plan kita lagi baik rasanya, dengar ja nasihat , tapi tak semestinya sesuai dengan jiwa...cewah..yg ni bukan nasihat....
Semoga IM lebih tenang membuat perancangan dan melaksanakan apa yang dirancang.
kakzakie,
memang dalam perancangan untuk memikirkan pasal umrah dan haji. insyaAllah, akan pergi ke LUTH dalam sehari 2 ni. cuma yang bermain di fikiran macamana nak urus ibu-suri semasadi sana nanti.
nor azimah,
memanglah kita yang membuat pilihan. muga pilihan yang diambil adalah yang terbaik selepas menilaai pandangan orang lain.
sud@is,
ada juga beberapa pandangan orang lain IM ambil kira. contohnya membuat plan adalah pandangan dari Angah sementara daftar untuk Haji lebih diutamakan adalah pandangan dari naqib usrah...
hrusli,
terima kasih atas doa. muga-muga Allah beri rezeki yang terbaik buat tuan juga!
Catat Ulasan