Halaman

Khamis, 4 September 2014

Ke TH





















Semalam, ibu_suri bertanya lagi;

"Kata nak buka akaun Tabung Haji. Bila?"

Diam.

"Bukalah cepat-cepat. Kita daftar dulu.."

Mendesak.

Memang aku ada beritahu ibu_suri yang sebahagian dari pampasan akan aku simpan di kedua-dua akaun Tabung Haji kami dengan niat mahu menunaikan Haji. Tapi hingga masa ini masih dok bertangguh.

Usrah tadi, naqib pula menasihatkan kami hal yang sama. Disamping kewajipan, ianya juga satu kesyahduan dan keseronokan yang tak dapat digambarkan. Terasa macam dia kata kat aku pulak!

Memandu balik, aku memikirkan hal ini. Aku bimbang juga. Kelekaan aku uruskan hal-hal lain daripada mengutamakan ke Tabung Haji pertanda tidak ada hidayah dari Allah untuk aku ke arah itu. Aduhai... bimbangnya aku!

Aku pun beritahu ibu_suri, esok kita pi Tabung Haji ya...

Tersungging senyuman ibu_suri! 

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah....muga Pak IM dan ibu Suri menjadi tetamu Allah dalam masa yang terdekat. Aameen

Kakcik Nur berkata...

Alhamdulillah.

Semoga Allah SWT mempermudahkan segalanya buat kalian. :)

faizah berkata...

Alhamdulillah.. sy turut doakan.