Halaman

Jumaat, 5 September 2014

Lampu Merah Depan masjid


Aku amat memahami gaya renungan dan bual ibu_suri. Dia ada sekelumit rasa irihati. 

Birasku sedang sibuk ubahsuai rumah, beli perabot baru, baikpulih dan cat kereta. Bebaru ini pula membawa seluruh keluarga dan menantu bercuti ke Langkawi. Fully sponsored. Maklumlah, rezeki umur 55.

Sedangkan aku tidak seperti itu. Sebaliknya mahu melangsai hutang, bayar zakat, sumbang sana sini dan menyimpan di TH.

Aku cuba memahamkan dia bahawa sebenarnya kita sudahpun ubahsuai rumah dulu. Kita dah jenuh berjalan ke Pantai Timur, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Taman Negara malah merata negeri semasa aktif dengan JIM. Memadailah....

Sekarang ini umur kita umpama 'rumah kata pi, kubur kata mai'. Kenapa masih memikikan hal-hal dunia, tidak sebaliknya bersiap untuk ke hari akhirat? Tak rasa malu kah dengan Allah kerana masih dengan hubbun dunya yang tidak pernah ada jalan mati?

Perasan tak, lampu merah (red beacon light) kat papan kenyataan depan Masjid Padang Ibu, kelmarin? Itu giliran dia. Giliran kita?

"Abang ni... Awat, suka I mati ke?"

Aku diam. Tahu. Tahu sesangat.

Aku ceritakan semula isi ceramah yang aku dengar kelmarin di sini

Itulah juga sebenarnya yang meransang dia beriya-iya menyuruh aku ke TH sepertimana catatanku di sini. Alhamdulillah!

4 ulasan:

Kakcik Nur berkata...

IM sudah amat memahami ibu suri dan sudah arif hendak menanganinya... :)

JR berkata...

Itulah juga perkara yg saya cakap dengan isteri minggu lepas bila dia mengajukan cadangan untuk besarkan lagi rumah. Walaupun dia nak gunakan duitnya sendiri utk besarkan rumah, tapi utk apa nak besarkan rumah lagi ketika anak dah besar2...lebih baik besarkan pahala yg terkumpul tak seberapa ini...

Cik Wawa berkata...

sy sgt mengagumi kesetiaan & kesabaran IM terhadap ibu suri...

insan marhaen berkata...

kakcik Nur,
Kekadang IM fikir keadaan kesihatan ibu_suri yang macam ini lebih mudah IM tangani berbanding masa dia sihat dulu. Cumanya, masakini letih sikit la nak menjaga makanpakainya yang IM perlu bantu.

JR,
betul tu. besarkan rumah pun yang akhirnya akan didiami oleh suami isteri saja. Ada anak cucu pun cumasesekali berkumpul je..

cik wawa,
IM ceritakan ini semua ke dalam blog selain untuk biografi diri adalah untukorang lain mengambil ia sebagai contoh tauladan.