Jumaat, 5 September 2014

Habbatus Sauda


Hari ini rasa beruntung sebab khatib dan imam Jumaat adalah Ustaz Badrul Amin (UBA). Memang tahu dah... mesti tak ngantuk punya.

Khutbahnya memang tak guna teks. Suaranya yang garau memang menyentuh. Apa lagi bila dia berzikir. Kupas isu erti kemerdekaan yang sebenarnya. Walaupun kupasan ini dah acapkali aku dengar tapi gaya yang dibawa oleh UBA memang idak menjemukan. 

Selesai sembahyang, UBA umum ada bawa jualan produk berasaskan Habbatus Sauda dari Maahad... err... lupa. Aku baru teringat rupanya aku dah lama tak amalkan pemakanan Habbatus Sauda. Ntah macammana boleh terencat pula amalan ini.

Aku terfikir, kenapa tidak aku tukar amalan gemar minum Alitea kepada minuman Habbatus Sauda? Walaupun pada dasarnya aku tahu habit meminum kopi segera ini tidak baik untuk kesihatan namun susah nak dibuang. Agaknya macam susahnya perokok nak berhenti merokok.

Aku beli sebungkus yang mengandungi 10 peket dengan harga RM14. Bila ibu_suri tahu, bising jugalah dia sebab katanya harga itu mahal. 

Hik!



3 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Hehehe... Ibu_suri masih tahu berkira untuk sesetengah perkara... :)

aizamia3 berkata...

Mahal mungkin ada tempat yang lagi murah..?

insan marhaen berkata...

kakcik,
Hu... memang berkira dia pasal harga. IM selalu perli dia;

"Dulu masa you upah ambil jahit baju taupun kata benang mahal, upah jahit tepi mahal.. sebab itu harga baju you letak mahal. sekarang bila you pulak beli, tahu pulak kondem orang letak harga mahal..."

aizamia3,
memang harga kopi jenis macam ni harga mahal sikit sekitar RM1.50 IM bagitau ibu_suri, kopi yang kalau dia minum di kedai tu pun sebenarnya lagi mahal.

Tak caya cuba kira; satu skop teh, pekedai itu boleh jual hingga berapa cawan?