Khamis, 18 September 2014

Khabar Buat Ibu

Sambil memandu kereta, rutin bawa ibu_suri jalan-jalan tadi, aku pasang cd Alleycats 6. Dari satu selekoh ke satu selekoh menyusuri Jalan Permatang Nibong, dari satu lagu ke satu lagu menganjak, tetiba....

 "Abang ingat lagi tak lagu ni abang bagi kat Eda?"...


Ha... ha... memang dah tahu. Malah aku beli cd ini dari kedai Siau Music di BM pun kerana adanya lagu ini. Antara banyak lagu yang menjadi kenangan aku bersama ibu_suri dulu....


Walaupun bukan semua hasrat di dalam lirik lagu itu tercapai namun paling tidak aku telah membuktikan hingga setakat ini bahawa aku tetap menghormatinya sebagai isteri. Tidak pernah lagi aku berkasar dengannya jauh sekali meninggalkan dia dalam keadaan begini...

Muga Allah terus beri kekuatan padaku untuk menjaganya hingga ke akhir hayat aku atau ibu_suri.

Tidur dulu.... hik... 8 pagi sat lagi kena bawa ibu_suri ke klinik untuk berjumpa dengan Doktor Aslina di KK Kubang Semang.

2 ulasan:

AZNI BINTI MAT ISA berkata...

assalamualaikum IM,
InsyaAllah,andalah insan terpilih dari Allah, betapa dekatnya syurga dan betapa dekatnya neraka dengan keredhaan atau ? kepasrahan manusia terhadap apa yang Allah turunkan kepada setiap hamba Nya. InsyaAllah, semoga anda termasuk dalam golongan orang-orang yang soleh.

hrusli61 berkata...

Jodoh yang ditentukan itulah yang terbaik buat kita. Bukan untuk nilai keperibadian seseorang itu tetapi lebih kepada amanah dan tanggung-jawab yang dilaksanakan.

Keperibadian yang baik dapat ditumpang manakala kepribadian yang kurang baik dapat menumpang.

Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Buangkan keruh ambil yang jernih baru teguh peribadi.