Halaman

Jumaat, 19 September 2014

Imam Solat Jenazah


2 hari sudah ada kematian di kediamanku. Che Cher yang tinggal di Lorong 18. Lepas solat Asar, sesama kami menyegerakan solat jenazah.

Selesai solat aku bergegas ke kereta. Ntah kenapa aku teringat sangat pada allahyarham adikku Niza (sini). Seperti ada rasa terkilan di hati kerana gagalnya di antara kami adik beradik lelaki menjadi imam menyembahyangkannya pada hari itu.

Aku sms pada semua adik-adikku begini:

'Yop harap lain kali jika ada sesiapa di antara kita atau mak kita meninggal dunia, harap kita dapat menjadi imam menyembahyangkannya...'

Aku menarik nafas panjang. Walaupun aku masih boleh dikatakan rasa puas kerana dapat menguruskan permandian, pengkafanan, dan pengkebumian adikku Niza dengan tangan kami adik beradik dan anak beranak dia namun sewaktu menyembahyangkannya kami hanya sekadar menjadi makmum.

Alangkah baik jika selepas ini kami maju setahap lagi dengan antara kami kedepan menjadi imam kepada solat jenazah antara kami nanti.

Ya... keberangkalian bolehnya itu bermulanya dari sekarang!

6 ulasan:

Kakcik Nur berkata...

Mudah2an nanti sewaktu jenazah kakcik disolatkan, kalau tak Along pun kakcik harap ada di antara adik-adiknya boleh menjadi imam kepada solat jenazah kakcik.

Sebelum ini Along sudah pun mengimamkan solat jenazah Atuknya (bapa kakcik) dan bapa mertuanya sendiri...

radziah AR berkata...

bertuahnya k.chik. saya hanya ada anak perempuan. redha atas kurnian ilahi walaupun tanpa pewaris lelaki...(dalam hati nak sangat anak lelaki...)

bertuah juga ibu suri punyai im. bukan membandingkan, ttp suami tidak punya ilmu itu

hrusli61 berkata...

Mari kita pertingkatkan amal ibadah kita semampu mungkin dan berdoa agar kita dimatikan dengan keadaan yang terbaik dalam Islam dan Iman.

Kakzakie berkata...

Bila tekad dan niat sudah ada kakak pasti selepas ini IM atau adik beradik lelaki IM akan tampil sebagai bila ada kematian keluarga sendiri..

Ros Illiyyuun berkata...

Alhamdulillah,

Masa almarhumah emak saya meninggal hari tu, adik lelaki saya yang imamkan solat jenazah.

Wassalam.

Bunda a.k.a KN berkata...

InsyaAllah...benda yang baik tu sekiranya ada sepakat elok2 akan baik juga jadinya nanti..