Halaman

Ahad, 21 September 2014

Renungan


Siang tadi aku dapat berita bahawa sahabatku dalam jamaah yang juga sahabat sekerja dulu telah kembali ke rahmatullah pada usia mungkin sekitar 50an seperti aku. Tak sempat nak hadir di pengkebumiannya. 

Aku juga tersilap kerana tidak teringat lansung untuk ziarah dia selama dia berada di hospital sedangkan aku memang pernah pergi ke HBPP kerana mengambil stok baru ubat ibu_suri.

Namun aku sempat ziarah jiranku yang baru saja mengalami kelumpuhan di sebelah kanan badan akibat stroke. Sebelum ini dia adalah peniaga kecil menjual roti sorai di Pasar Awam Penanti.

Sebaik selesai solat di masjid kediamanku Asar tadi, aku menyendiri di dalam kereta memikirkan diri sendiri dan keluarga. Kesemuanya kejadian itu menimbulkan kesedaran bahawa aku juga bila-bila masa boleh menjadi seperti mereka. Sedangkan senarai panjang tugasan masih banyak yang belum siap.

Pun, tidak ada apa yang perlu di kesalkan. Masa masih ada walaupun ianya semakin berkurangan. Aku akan terus lalui satu persatu, selesaikan satu persatu dan perbaiki juga... satu persatu.

Aku akan buat mana yang terdaya; akan pikul mana yang termampu dan akan selalu positif pada apa saja yang bakal mendatang.

Renung renung begitu lansung tak sedar yang aku tertidur di kereta hingga lebih setengah jam juga... adanya. Balik ke rumah... panjang lebar soalan dari ibu_suri!

4 ulasan:

faizah berkata...

Mdh2an kita bukan tergolong dari golongan yang mengingati mati tetapi tidak berbuat apa-apa sebagai persediaannya. Mdh2an Allah membantu kita unt menjadi lebih baik dan mengambil dunia ini sekadar yang perlu. Mdh2an ada perkara-perkara yang kecil yg kita lakukan dgn ikhlas lalu Allah mengampunkan dosa-dosa kita.

sud@is berkata...

Betol apa yang IM cakap tu...
Waktu memang tak pernah cukup bagi kita, cuma kita terpaksa mencukupkan kadar yang diperuntukkan bagi seseorang... memang berbeza

smbotak berkata...

tak mengenal usia, dan kadang2 dalam keadaan yang kita tak jangka...

insan marhaen berkata...

Faizah,
Ya... kekadang sederhana itu lebih mententeramkan dari keterlaluan.

Sud@is,
Kita yang menguruskan waktu, bukan waktu yang menguruskan kita.

smbotak,
Kita mungkin insan selepas dia..