Isnin, 29 September 2014

Masak


Dah tengahari ni tapi masih belum ada apa juadah untuk makan. Terasa malas sangat nak memasak walaupun ikan yang Angah bagi semalam dan sayur yang Yanti, anak saudara bagi 2 hari lepas dah dikeluarkan dari peti ais.

Akhmal dan ibu-suri baru saja tidur. Kesian juga kat ibu_suri kerana pintanya untuk keluar jalan-jalan aku buat tak dengar. Sebenarnya, aku pun dah jemu dan tak tahu kemana lagi nak bawa dia ronda.

Hmmmm.... Mungkin bagusnya kalau aku pi mandi dulu - bersihkan diri sebersih-bersihnya. Baru lancar otak untuk berfikir dan segar semangat untuk ke dapur.

Perut pun dah mula kruk...krak...kruk...krak... ni....

5 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

kakcik pun pasrah je kalau suami tak ingat nak bawa jalan2... :)

Kamsiah yusoff berkata...

kat mana letaknya Kg Imam Lapar tu..

Kakzakie Purvit berkata...

Perut dah lapar tapi belum masak lagi. Kesiannya. Tak apalah IM agak-agak nak bawa IbuSuri jenjalan makan ajelah di luar..

NzA berkata...

mesti ibu suri sunyi tu....yelah, sesekali dia nak ambil angin luar....

Nor Azimah Ali berkata...

ha'ah la, kat mane kg imam lapar tu, serius tak penah dengar.