"Kamu beruntung kerana masih ada ayah yang boleh backup kamu bila kamu tak cukup duit. Yang boleh mendengar luahan hati kamu bila kamu ada masalah dengan kerja atau keluarga kamu."
Angah diam. Aku masih meneruskan basuhan pinggan di singki kemudian menerapkan ia di rak.
Angah diam. Aku masih meneruskan basuhan pinggan di singki kemudian menerapkan ia di rak.
"Ayah dulu, kad kreditlah yang backup ayah. Sebab itu, sampai kamu dah besar ayah masih bergelut nak settle dia. Kamu jangan sekali-kali ambik kad kredit. Dia ni along siber paling lintah darat."
"Bila ada masalah, ayah mengadu kat Tuhan saja. Atau paling tidak ayah bercakap sorang-sorang dalam kereta.... dalam tandas.. Nak mengadu kat mak, ayah tak sampai hati..."
"Ayah faham. Kamu sekarang ini sedang lalui fasa-fasa hidup yang susah. Sabarlah. InsyaAllah, sampai masa nanti kamu akan rasa senang. Ayah layak nasihatkan kamu macam ni sebab ayah dah lalui semua itu sebelum kamu."
Aku beraleh pula kepada kuali. Aku balikkan ikan bawal yang diberi oleh Yanti - anak saudaraku kelmarin. Terlupa nak cepat-cepat pesiang dan simpan ke dalam fridge buatkan ianya sedikit berbau.
"Mau tak mau, hidup ini perlu diteruskan. Kamu masih beruntung sebab masih ada ayah yang boleh bantu kamu. Sebab itu ayah suruh kamu tinggalkan rokok dan bersembahyanglah. Kalau kamu tak ingat Tuhan, bagaimana Tuhan nak ingat kamu?"
12 ulasan:
Sifat seorang ayah yang sentiasa mahu yang terbaik untuk anak. Sentiasa mengutamakan keluarga walaupun diri dalam keadaan bersedih.
kasihnya ayah sepanjang masa...
Anak2 selalu beruntung bila ibubapa sanggup menggadaikan hatta nyawa untuk kelangsungan hidup mereka...
Mesti Angah tak mampu bersuara bila dinasihatkan ayah begitu gaya. Dia maklum betapa pengorbanan ayah tak ada tandingnya dari dulu hingga sekarang dia dah besar panjang...
Alamak...teringin nak dapatkan nasihat ikhlas dari seorang 'ayah'
ayah sanggup buat apa sahaja utk anak-anaknya. allh swt tempat terbaik utk mengadu...
Bila sllu diberi nasihat motivasi insyaaalah akan timbul kesedaran dan semangat berdikari dan kuat menghadapi cubaan mndatang...
Macam emak saya, sambil buat kerja pun sempat lagi 'membasuh' anak2...
Saya slalu nasigat anak masa memandu hantar dia orang ke sekolah. Mau tak mau kena dengar sb tak boleh lari mana dah...
Saya juga pernah nasihatkan anak-anak yang berada di sisi ketika saya sedang cuci pinggan. Alih-alih belum pun tazkirah selesai bila paling ke belakang rupanya mereka dah lesap, hanya pinggan mangkuk yg mendengar tazkirah saya...
Ayah berikan nasihat ikhlas dan tulus dari hatinya.
InsyaAllah...lama-kelamaan akan berbekas juga di hati anak itu.
Sedih pulak hati membaca 'nasihat' IM pada anaknya ini... Mdh2an anak2 kita.. walau bagaimanapun mereka hari ini... akan menjadi hamba yang taat kepada perintahNya dan menjadi anak yang solih solihah..
Catat Ulasan