Jumaat, 31 Oktober 2014

Kawan Lama


Tak sangka, berjumpa dengan kawan lama, Mejar Zaidi dengan keluarganya semasa bawa ibu_suri makan di PFC (Penaga Fried Chicken) malam tadi. Dia menegur aku ketika aku sedang membasuh tangan di singki.

Tapi aku tak banyak cakap sangat selain bertanya khabar dan bertukar nombor talipon. Zaidi seorang yang serius sementara aku pula seorang yang tak banyak cakap. Eloklah tu... Nak tanya lebih-lebih tentang kes dia pun tak sesuai rasanya sebab suasana public.

Ayam goreng kat PFC ini pada aku sama standard dengan KFC. Sos cilinya juga sedap. Jenama Al Hikmah. Harga... berpatutan.

Lokasinya kat Pongsu Seribu. Berdepan dengan Taman Orkid menghala Kepala Batas. 

7 ulasan:

ANIM berkata...

radix fried chicken dah takde lagi kat Sp..
baguslah ada restoran ayam goreng muslim lain pula kat penaga..
next time kalau lalu penaga boleh cuba...

Tanpa Nama berkata...

PFC ni ada tak cawangan kat tempat lain?

nini berkata...

kalo kat kt ni....sy suka p mat cafe...ayam dia besaq kalah ayam kepsi...hihi

JR berkata...

Mejar Zaidi TUDM yg berani korbankan dirinya demi mempertahankan sebuah kebenaran itu ke..? Atau orang lain??

Kamsiah yusoff berkata...

pertama kali dengar PFC..peghaknya saya..:)

radziah AR berkata...

saya pun baru kenal dan rasa sejak berulang alik ke desa sena ni sblm berpindah hr tu... sgt puas hati...bagi saya jauh lbh murah dr kfc sbb xperlu kentang putar dan salad kobis tu. tax pun tak kena. pertama kali mkn di situ, hati berkata, hebat tuan empunyanya sbb order di kaunter bhgn air terima order, sangat maju krn kedai 'org melayu' boleh ada link seperti itu...

insan marhaen berkata...

ANIM,
IM rasa sedih dengan kemorosotan bisnes RFC. Malah rangkaian stokis HPA pun dah banyak tutup dan susah nak dapatkan produk HPA sekarang ini.

smbotak,
IM tak pasti. Tak lama dulu, ada gerai PFC kat simpang keluar kediaman IM tapi bebaru ni IM tengok dia dah tukar jenama kepada Bin Bakar. Mungkin buat jenama ayam goreng sendiri.

nini,
sempoi gak nama dia... mat cafe!

JR,
memang betul tu. Dia memang seorang yang kritis dan 'degil' dengan prinsipnya.

kamsiah,
pi lah try...

radziah ar,
sekarang ni memang dah ramai pengusaha makanan orang kita. patutnya kita sokong mereka..