Halaman

Isnin, 3 November 2014

Mak

Keuzuran mak amat ketara lebih-lebih lagi sejak pemergian Niza. Sosok tubuhnya semakin kering hinggakan bilamana aku nak mengangkatnya dari bilik air ke perbaringan terasa gusar. Takut-takut 'patah' atau terseliuh tulang dan sendi mak.

Memakaikan baju dan seluar mak tak ubah seperti aku memakaikan lampin anak-anakku dulu ketika masih bayi.

Sayangnya, aku ada ibu_suri yang merencatkan hasrat aku untuk tinggal beberapa hari menjaga mak. Keadaan fizikal dan emosi ibu_suri tidak membolehkan aku lama di rumah mak. Apakah ibu_suri seperti satu liabiliti dalam keadaan yang sepatutnya mak lah yang sepatutnya aku dahulukan menjaga?

Jumaat lalu, aku bawa mak ke klinik yang rupanya dah 2 hari demam. Dokot pesan, kalau hari Isnin masih tidak kebah, mak perlu dibawa ke hospital untuk di periksa. Hari ini hari Isnin. Aku menghantar sms kepada adikku bertanya tentang mak. Kata adik, mak sedang di rujuk semula ke klinik.

Doaku yang terbaik buat mak. Berbanding abah, mak adalah insan yang paling banyak berkorban untuk tumbesaran keluarga kami!

9 ulasan:

ANIM berkata...

tak tahu kenapa sebak baca entry ni..
sejak berulangalik dua negeri, seingat saya kali terakhir balik johor menemui mak ayah serta mak dan pak mertua ialah aidil fitri lalu....
hanya suara di telefon saja sebagai pengganti...

p/s mudah2an mak IM memahami:-))

AMIIZAA berkata...

salams IM,

semoga mak sentiasa didalam lindungannya, insyaallah....

❤Kamsiah❤ berkata...

agak tersentuh membacanya..terbayang seorang ibu tua yg keuzuran...yg mengharapkan belas ikhsan anak2..

JR berkata...

Lakukan yg terbaik utk mak IM selagi dia masih ada. Saya sudah beberapa tahun kehilangan mak dan ayah. Kadang2 memang timbul rasa rindu, kadang2 ada rasa ingin melakukan sesuatu yg semasa mereka hidup tak sempat dilakukan. Tapi segalanya dah sangat terlambat...

Bearcat berkata...

Semoga mak IM cepat sembuh.

insan marhaen berkata...

anim,
jauhnya Johor. Kalau IM, belum tentu boleh berulang alek ke sana.

amiiza,
ya.. memang itu doa IM selalu.

kamsiah,
di hati seorang ibu, tak siapa tahu harapannya sekalipun IM sendiri.

JR,
ya.. JR pernah berkata spt itu satu masa dulu dan IM ingat itu. kesempatan ini perlu digarap sebaiknya.

bearcat,tksiah atas doa...

shaliza berkata...

Ibu adalah segalanya:-)

Jari Manis berkata...

sesungguhnya besar pengorbanan ibu..jadi mereka lebih utama

Jari Manis berkata...

sesungguhnya besar pengorbanan ibu..jadi mereka lebih utama