Halaman

Isnin, 6 Oktober 2014

Ketawa Mertua


Alhamdulilah, dapat juga ziarah mertua di Taman Buah Pala selepas hadir sekejap ke majlis gotong royong sembelih lembu aqiqah di masjid kediamanku petang tadi.

Abah nampak gembira dengan kebetulan kakak ipar dan cucu-cucu yang lain ada sama. Perasaan gembira abah dapat aku kesan dari nada suara dan ketawanya. Dan aku juga terkesan dengan perasaan gembiranya itu bila anak cucu datang menziarahi di rumah. Aku harap anak-anak dan cucu aku akan berbuat seperti itu bila aku sudah tua dan tak larat seperti abah.

Masing-masing membawa juadah termasuklah aku dengan rendang yang aku masak malam tadi.

"Yop ke yang masak rendang n?" tanya adik iparku - Yati. Aku antara mahu angguk dengan tidak jer.

"Haa... Memang sedap Yop..." puji Yati. Aku pun antara mau senyum dengan idak jer...Lega.

Apapun, motif aku selalu ziarah mertuaku ini adalah ikhlas sebagai menghargai pengorbanan mereka yang dulu melahirkan dan membesarkan ibu_suri. Lagipun taraf mertua itu persis mak abah aku juga. Selalu ziarah dan ambil berat hal-hal kebajikan mereka sama pahalanya seperti keselaluan aku menziarahi mak di kampung.

4 ulasan:

Nor Azimah berkata...

Ziarah keluarga mentua bawak balik rendang lagi IM, sweetnya,..
Salam Aidil Adha, moga pengorbanan IM terhadap ibu suri menjadi nilaian ikhlas di sisi Allah swt.

Bearcat berkata...

Salam Aidiladha IM.

Saya sedih lagi raya kali ni masih tak dapat balik menjenguk mertua sebab anak sakit 😢

JR berkata...

Alhamdulillah masih ada mentua untuk diziarahi. Saya cuma mampu menziarahi pusara ibu bapa dan bapa mentua yang telah pergi...
Salam Eidel Adha...

insan marhaen berkata...

nor azimah,
berbaik dengan mertua dengan harapan Allah balas dengan baiknya menantu kita kelak..

bearcat,
yelah... kita ini berbuat ikut apa yang ditentukan Allah. Redha sajalah..

JR,
kita dengan rezeki kita masing-masing...