Sabtu, 4 Oktober 2014

Ketenangan Wajah


Kelmarin balik kampung semata-mata mahu rai majis tahlil di rumah mak. Majlis anjuran KEMAS Negeri Perak untuk arwah Niza yang kembali ke rahmatullah bulan lepas.

Semuanya sponsored by KEMAS negeri. Pengarah dan wakil-wakil bahagian turun sama. Sekumpulan rakan-rakan Tabligh juga ada. Mungkin mereka datang atas jemputan dari masjid sebelum itu.

Aku dapat rasakan bahawa Niza bukanlah calang-calang posisi di KEMAS. Melihatkan dari pelbagai kalangan jawatan mereka yang datang, Niza dikenali hingga ke peringkat negeri.

Apapun, yang lebih aku perhatikan ialah respon dari anak-anak arwah Niza. Paling aku kagum ialah sikap keterbukaan, akhlak 'kekampungan' dan ketenangan wajah Shamsuddin - suami Niza. Ianya seperti memberi satu inspirasi positif dan sejuk ke dalam diriku sendiri...

2 ulasan:

NzA berkata...

Al-fatihah...semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 beriman..Masa kita pasti akan datang.....

JR berkata...

Alfatihah. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan ahli jannah. Takziah untuk keluarganya. Peringatan untuk kita yang masih ada sehari lagi hari ini untuk menyedut oksigen percuma pemberianNya...