Rabu, 29 Oktober 2014

Masjid Abdullah Fahim


Otak aku dah tepu memikirkan kemana lagi nak bawa ibu-suri jalan-jalan tadi. Sudahnya, aku pandu naik ke lebuhraya Sungai Dua. 

Parkir sebentar kat tepi lebuhraya tak jauh dari plaza tol sambil makan karipap gergasi yang aku beli di gerai tepi masjid Kubang Semang tadi. Sesekali memandang cermin belakang... takut ada polis peronda. Dulu dah kena saman sekali...

Pemandangan kapal yang berlabuh di tengah laut memang indah dan mendamaikan jiwa.

"Keluar dari Kubang Semang kena tol. Dari Seberang Jaya nak masuk ke Bagan kena tol. Kat sini pun kena tol.... Habislah duit pampasan berhenti kerja aku dengan benda-benda remeh macam ni jer..." sungut hati kecilku bila melalui lorong Smart Tag.

Jam dah hampir 6.45 petang. Teringat nak terus ke Kepala Batas untuk sembahyang di masjid baru - Masjid Abdullah Fahim.

Aku memang dah lama terpikat dengan masjid ini kerana warna biru kubahnya memang menawan. Dengar khabar, masjid ini ada lif untuk ke tingkat 2.

Sesampai saja aku di sana, azan berkumandang. Aku uruskan dulu arah parkir kereta supaya menghadap kiblat. Selesai memakaikan telekong ibu_suri, aku mendaki tangga masjid. Imam dah mula mengangkat takbir. Dari suara imam aku dapat agak, ini adalah imam muda. Mungkin pelajar tahfiz di masjid ini, tekaanku.

Mencari bilik air punyalah pusing-pusing. Maklumlah, masjid ini besar dan aku pula kurang arif maksud papan tanda arah bilik air. Selesai wudhu, solat dah masuk ke rakaat 3.

Aku dapat tahu masjid ini dibolehgunakan pada Oktober 2012. Maknanya genap 2 tahunlah usia masjid ni. Masjid ini dinamakan Masjid Abdullah Fahim mengambil sempena nama datok kepada mantan PM kita - Abdullah bin Hj Ahmad Badawi. Boleh layari sini untuk gambar menarik.

Kalau exit Kepala Batas dari lebuhraya PLUS ke Utara, kona kiri... terus memandu hingga jumpa kubah biru. Kalau sampai waktu petang, boleh bawa anak-anak berehat di Vision Park.

6 ulasan:

JR berkata...

Kali pertama saya solat di masjid itu 2 tahun lepas, ketika itu masjid itu baru seminggu dibuka. Sekarang setiap kali saya balik kampung di Tasek Gelugor saya akan singgah di masjid itu untuk solat. Saya suka reka bentuknya yang cantik, dewan solatnya yang besar dan bilik airnya yang sangat bersih...

Kakzakie Purvit berkata...

Oh... baru kakak tahu ibu_suri pakai telekung pun perlukan bantuan juga ye IM...

Banyaknya ganjaran IM dpt setiap detik...

sud@is berkata...

Cantik Masjid ni, insyaallah jika kesana boleh singgah

AMIIZAA@Mieja berkata...

IM

semoga ibu suri sentiasa dalam lindungannya.....

insyaallah boleh singgah masjid nie kalau balik ke sana....

Bearcat berkata...

Nyaris-nyaris dah nak beli rumah berhampiran masjid tu...last-last tak jadi. Memang cantik dan selesa masjid ni :)

hrusli61 berkata...

Teruskan berbakti demi keluarga mudah-mudahan ada manfaatnya.