Halaman

Isnin, 27 Oktober 2014

Viral


Sesampai di rumah dari kuliah Ustaz Rambo semalam, ibu_suri memanggil perlahan ke dalam bilik.

"Akhmal mengamuk tadi. Tak tau pasai apa. Dia tumbuk pintu dum..dum..dum...!"

"Tak ngapa. Sat lagi ok lah tu..." balasku sambil mengorak senyum dengan harapan akan melegakan perasaan ibu_suri yang aku tahu dalam seribu persoalan. 

Masa kenduri oleh biras aku, Mael tadi pun aku dah perasan. Bila balik ke rumah, Akhmal dengan aweknya ada di laman. Airmuka dan suara mereka aku tahu dalam selisih faham. 

Kemudiannya aku dapat tahu, Akhmal menampar pipi aweknya. Boleh agak bagaimana barannya perangai Akhmal, kan?

Pagi ini giliran menyampu rambut ibu_suri yang bangun awal pula untuk mandi. Dingin cebukkan air dek hujan seharian semalam buat aku juga turut kesejukan. Pagi ini senyum ibu_suri begitu manis.

Berdua mereka inilah antara yang masih menjadi viral dalam timeline hidupku. Sesekali fikir, tanpa mereka berdua, suramlah wall rumah ini...

Teringat mi Duha yang aku beli minggu lepas masih tersimpan. Selesai mandi nanti, aku nak gorengkan mi untuk ibu_suri sebelum rutinnya memakan ubat. Nak try mi buatan Muslim pula, boleh celen mi megi tak....

6 ulasan:

Kakzakie berkata...

Tersepit antara kerenah anak yg berdarah muda dgn ibu suri yg perlu ketenangan selalu... IM dah arif utk menangani ke dua-dua hati mereka..

Macam tak ada lagi mee segera itu di JB.

Bunda a.k.a KN berkata...

IM macam dah lali dengan suasana dan rutin harian ye IM...Alhamdulillah...sekurang2nya IM dah tak terlalu tertekan dan tahu nak hadapi apa jua yang berlaku...

JR berkata...

Baru pertama kali dengar nama Mi Duha..agaknya pasarannya masih terhad kot...

Tanpa Nama berkata...

Saya ingin cadangkan sesekali IM buat kelainan yang sesuai untuk mengelakan daripada kejemuan.

Cuba fikirkan di luar kotak.

NzA berkata...

Sabarnya seorang ayah dan suami bergelar IM.
Tak pernah jumpa pulak jenama nie....produk baru ke IM?

Bearcat berkata...

Saya tak dapat bayangkan jika IM tiada di sisi mereka saat ini. Alhamdulillah....
Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang :)