Halaman

Isnin, 27 Oktober 2014

Ustaz Rambo


Kuliah Maghrib di masjid kediamanku tadi, Ustaz Sobri Arsyad tidak dapat hadir. Dia digantikan dengan Ustaz Rambo. 

Aku pun first time dengar dan tengok ustaz ni. Orangnya muda dan tinggi lampai. Seronok hati aku melihat golongan muda hebat semacam ini.

Penyampaiannya cukup jelas, bertenaga dan semasa. Persembahannya jelas. Kot mana pun penceritaannya, merewang sana sini, dia akan kembali kepada isi asal kuliahnya.

Tadi dia bercakap tentang 3 jenis bumi bila menerima turunnya hujan. Satu - bumi yang menyerap hujan dan sebahagian air hujan itu diberikan semula kepada tumbuhan untuk hidup. Dari hasil tumbuhan itu pula dimanafaatkan oleh manusia. 

Dua - bumi yang tidak menyerap hujan sebaliknya menakung air untuk kegunaan manusia.

Ketiga ialah bumi yang menyerap semata..

Begitulah perumpamaan kepada kita yang hadir kuliah. Ada yang mendengar dan mengamalkan untuk dirinya. Ada yang mendengar, amal dan kemudiannya menyampaikan pula pada orang lain. Ada yang amal pun tidak, menyampai pun tidak.

Pendekata, Ustaz Rambo mau kami yang datang kuliah tadi supaya berhijrah dari yang baik kepada lebih baik.

Kalau nak tonton salah satu kuliah beliau kat sini.

InsyaAllah esok tiba giliran kuliah oleh Tuan Guru Haji Salleh Musa. Kuliah beliau selalunya pada hari Selasa minggu terakhir setiap bulan.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih atas perkongsian, IM.

Tanpa Nama berkata...

Salah satu privilege orang pencen. Dapat kerap hadir ke majlis ilmu..saya tumpang gembira

JR berkata...

Kecuali Ustaz Rambo, 2 ustaz lagi tu pernah juga berceramah hingga ke tempat saya, ustaz Sobri pernah sampaikan khutbah Jumaat di masjid kami beberapa bulan dulu..
Saya suka penampilan ustaz-ustaz muda ni, mereka sampaikan ceramah dalam gaya santai, bertenaga, tak terikat dengan teks dan boleh bercakap dalam bidang ilmuan yang lain...

smbotak berkata...

perumpamaan lainnya, "macam mencurah air ke daun keladi" atau "masuk telinga kanan, keluar kot telinga kanan jugak" hehehee...

sud@is berkata...

Tuan guru Sallleh Musa sangat aktif dan kuliahnya menyentap hati..Lama dah tak dengar ceramahnya...Tunggu lantunan Mahabbah anjuran Darul hadis