Isnin, 13 Oktober 2014

Musim Sejuk Syria


Ngo IKRAM yang aku sertai sekarang sedang membuat kempen kutipan dana. Nak cerita lebih-lebih aku tak reti. Boleh klik perincian di sini.

Tapi sebenarnya aku pun belum buat sumbangan lagi. Nak contact SUK IKRAM Seberang Perai Tengah dulu untuk tanya beberapa perkara.

Bagi aku dari menyalur sumbangan kepada mereka yang aku tak tahu latar belakang seperti yang selalu aku lihat di AEON Big, Seberang Jaya (konon kutip untuk Gaza), aku lebih yakin menyumbang melalui NGO aku sendiri.

Err... Aku taklah kata mereka itu tak ikhlas malah mungkin mereka itu mewakili mana-mana NGO. Cumanya... berhati-hati. Aku sendiripun satu masa dulu pernah membuat kutipan di pasar-pasar malam untuk Gaza bersama rakan-rakan IKRAM seperti kat sini.

Kita tak akan miskin semata bersedekah kepada yang memerlukan... begitu yang pernah aku baca dalam fb...

5 ulasan:

Etuza berkata...

asalam lebih baik kita hati2..banyak unsur penipuan masa sekarang ni..

Bunda_nora berkata...

Sekarang macam2 boleh berlaku...kadang kita pun ada rasa was2...sikap berhati2 itu perlu.....

Tapi bak kata orang tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima...

AMIIZAA@Mieja berkata...

assalams,

alhamdullilah murah rezki tuan.

rezki yg kita ada kita kongsikan bersama insyallah ada ganjarannya.

cuma skrg nie byk sangat manusia yg tak ikhlas dan menipu utk jalan yg mudah.

insan marhaen berkata...

etuza,
betul tu. tapi dalam berhati-hati pun dokm terkena juga..hu..hu..

bunda,
kalau dah terberi kemudian baru tahu tertipu, redhakan ajelah. tak perlu ungkit-ungkit. Allah kan ada..

amiiza,
yelah... rezeki tu pun bukan kita punya secara mutlak pun... kan!

Jari Manis berkata...

sedekah mmg amalan mulia tetapi pastikan dpt pada org yg sepatutnya layak di beri sedekah