Halaman

Rabu, 15 Oktober 2014

Teh Ais Kosong


Usai riadah kat Taman Tunku, Seberang Jaya pagi tadi, aku singgah sarapan di Restoran Santapan Utara, Seberang Jaya...lokasi kegemaran. 

Bawa ibu_suri ke tempat makan di sini masalahnya ialah sukar mendapatkan restoran yang lantainya sama aras dengan jalan. Terpaksa ibu_suri melangkah naik, mengangkat badannya yang berat sementara aku membantu. Fobia jatuh kat Restoran Makbul minggu lalu masih ada. Sakitnya terasa sampai sekarang.

Ketika makan, seorang pelanggan Cina datang memesan minuman.

"Kasi gua teh ais kosong..."

"Sori kawan. Apa itu teh ais kosong?.."tanya taukeh restoran... mesra.

"Lu tak jual ka teh ais kosong?"

"Tuan cari minuman stail KL punya. Sini mana ada..."

Akhirnya, aku lihat pembuat minuman membawa teh o panas. Aku agak mungkin dia pesan teh o kurang manis, sama macam kawannya sorang lagi.

Habis aku dan ibu_suri makan, aku ke kaunter untuk membayar.

"Apa yang dia minta tadi..."

"Teh ais kosong.. Teh ais yang dicampur dengan susu cair; bukan susu pekat macam kami selalu dok buat."

"Susu cair ni kurang manis. Kat KL biasa la teh macam ni. Kat tempat kita mana ada...." terang taukeh kedai lagi.

Oooo... Ini kes nak jaga kesihatan la ni... Boleh apply kat ibu-suri agaknya. Tapi nak cari kat mana kedai makan yang ada menu macam ni di sini?

10 ulasan:

AMIIZAA berkata...

salams IM, susah jugak nak pahamkan ayatnya, kalau saya yg ambik order pon pening agaknya heheheh....

saya peminat teh ais jugak....tgk gambar pon dah nampak best air tu:)

Kakcik Nur berkata...

Ingatkan teh ais tanpa gula...

Etuza Etuza berkata...

asalam Im..wah santai ya minum tea...pink

JR berkata...

Di Alor Setar juga tak pernah dengar ada menu teh ais yang macam ni di mana-mana kedai. Kalau nak menu macam ni kena order dari kedai di dalam dapur rumah kita sendirilah...hehehe..

Jari Manis berkata...

teh ais kosong x sama ngan teh ais eh...x paham huhuh

Erika Castillo berkata...

mungkin boleh panggil teh ais kurang manis kot..follow blog ni ^^

ANIM berkata...

saya pun ada pengalaman order minuman yg orang utara tak faham..heee
lain diminta lain yg sampai..
masuk 5 tahun, baru reti nk order..

radziah AR berkata...

bila saya baca, ingatkan teh ais kosong tu teh ais tanpa gula, sbb saya selalu minta milo o kosong, maksudnya milo tanpa gula dan susu.... lain tempat, lain cara....

Bearcat berkata...

Sedap ke teh ais kosong? Emm...

sud@is berkata...

BOleh apply kat rumah ja kot IM..