Ahad, 21 Disember 2014

Dakwah Jalanan... 2


Alhamdulillah atas semalam yang akhirnya dapat juga aku bersama rakan-rakan IKRAM dan 8 NGO lain di MEGA STREET DAKWAH, Seberang Jaya yang juga dijalankan serentak di seluruh negara.

Aku diberi 2 pilihan oleh naqib usrah samada bersama dengan Street Dakwah atau Back To School (bantuan keperluan sekolah kepada yang memerlukan). Aku pilih Street Dakwah kerana bagi aku ia lebih realistik walaupun sebenarnya aku ni tak gheti nak hemoih orang. Sebab itu bila ibu_suri dulu ajak aku jadi ahli MLM, aku cukup susah hati.

Selain kena rajin hemoih, jiwa juga kena kental. Sekental-kental jiwa aku, takat bubuh flyers kat kereta, peti surat dan raga motor je. Tapi ada rakan wanita yang agresif bekerja; sorang-sorang dia pi jumpa dan edar flyers. Sama juga dengan rakan muaallf; mereka cukup gigih. Malu juga rasanya berbanding aku yang Islam baka ni.

Apapun, pencapaian paling manis semalam ialah kami dapat mengislamkan seorang wanita India beragama Hindu tapi berfahaman pluralisma. Berusia sekitar 20an. Masaalah beliau sekarang ialah bagaimana nak berhadapan dengan ibubapanya. Yang itu serahkan kepada Hidayah Centre untuk urus.

Perician pengislaman wanita itu boleh ikuti di pautan ini. Foto-foto lain di sini tapi aku mengelak dari berfoto kerana aku sedar akan ketidakhensemnya aku...

5 ulasan:

Bearcat berkata...

Alhamdulillah... :)

Kakcik Seroja berkata...

Alhamdulillah. Usaha IM itu tetap ada 'sahamnya'. InsyaAllah...

Puteri Kenari berkata...

tahniah IM,bukan semua orang mampu join street dakwah ni walaupun mudah untuk menyertainya.saya sokong sangat.

Ismail aka Pak Mail berkata...

Saudara IM,

Mudah2an Allah swt limpahkan ganjaran yang setimpal dengan usaha saudara dan rakan2 lain yang menjayakan program tersebut.

Aamiiin.

ANIM berkata...

tahniah IM...
saya pun teruja membaca usaha murni ini