Selasa, 23 Disember 2014

Hujan


Hari ini, semalam, kelmarin, kelmarin dulu.... hujan. Tapi hujan hari ini sepanjang hari. Sejuknya menikam hingga ke sum sum.

Nak keluar beli lauk untuk makan tengahari pun rasa malas. Nak masak, sekadar ada ikan cencurut dalam peti ais. Nak bergulai ni, aku tak pandai.

Basuh baju dan sidai saja dalam rumah. Aku tak reti nak hantar ke kedai pengering baju macam status Kakcik Seroja di sini

Rumah sunyi saja. Akhmal dan ibu_suri semalaman tak tidur. Heran juga. 

2-3 hari aku asyik memikirkan PTPTN Along dan Angah yang masih tak jelas. Angah mungkin tak banyak tapi Along mencecah 70 ribu, katanya. Gayat aku dibuatnya.

Hurm... Nampak gayanya, tak ada pilihan lain la melainkan redah hujan juga. Apapun, solat Dhuha dulu. Sempat lagi kan......


#foto: kukur kelapa semasa kenduri walimah adik, sekitar 90an dulu...

8 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Musim hujan pulak selera makan membuak-buak kena redah jugalah hujan tu IM..

shaliza berkata...

itulah yang anak muda kena hadap sekarang...belum dapat kerja hutang dah menimbun...tak tahu nak cakap apa:-)

Saniah berkata...

Sekarang 4%... akan datang tak tau berapa plak naiknya tu... klu x pinjam anak x dpt belajar.. nk kumpul takat mana lah mampu dgn kos yg besar.. roling duit bulanan pun cukup2 makan.. alhamdulillah..

Bunda_nora berkata...

PTPTN...yang tak bayar balik pun ramai lagi...masaalah bagi yang peminjam baru...

itu jer boleh membantu anak2 kita sambung belajar...

JR berkata...

Mujur zaman saya dulu semuanya percuma, tak perlu hutang PTPTN, semua kerajaan tanggung hingga dpt ijazah. Mungkin masa tu kerajaan kita tak banyak duit, masih mampu menanggung pelajar. Sekarang kerajaan banyak duit, cuma mampu menanggung gaji menteri dan timbalan menteri yang semakin meningkat...

sud@is berkata...

heran musim hujan , lapar pun cepat, lepas makan ishh ngantuk plak...

iryantyismail berkata...

hujan hujan ni pekena ubi rebus ke lempeng pekak ke best juga...jgn lupa kopi o... :-))

Tanpa Nama berkata...

salam dryer tak elok untuk baju..
dan getah di baju dalam dan seluar dalam serta setokin. rosak cepat baju cepat lusuh