Isnin, 15 Disember 2014

Ijazah

Maaflah sebab akhir-akhir ini aku lansung tak baca blog kalian apatah lagi untuk tinggal komen. Tak tahu kenapa. Namun aku harap kalian masih sudi baca tulisan aku kalau pun tidak meninggalkan komen. At least, aku tidak merasa kesaorangan.

Kekadang timbul juga rasa bosan untuk menulis hal-hal peribadi yang tak pernah ceria ini. Mahu tulis yang elok-elok saja. Yang mungil-mungil saja. Tapi bila sesekali fikir, yang elok-elok sahaja itu bukan biografi namanya. Biografi ialah susurgalur penghidupan yang nyata dan telus. Lagipun, aku tak pandai nak berlakun.

Kekadang aku berfikir bahawa beruntungnya aku ini kerana Tuhan berikan aku ujian. Agaknya supaya aku selalu menjajarkan semula kehidupan aku setelah Dia melihat aku sudah mulai terkucil. Dan ujian yang diletakkan di pundakku itu adalah beban yang Dia tahu boleh aku pikul. 

Kekadang aku sendiri pun tak menyangka, aku boleh harungi semua ini. Pernah satu ketika aku seperti rasa sudah terperosok ke satu sudut yang tidak bergerak bergerak kemana lagi.  Itu ketika aku hendak melansungkan walimah Angah. Namun berkat kesabaran dan doa... aku lolos jua.

Paling kemuncak rasa tertekan dan aku sudah tidak tahu nak berbuat apa, aku pulang ke kampung untuk memandang wajah mak. 

Masa itu adalah tahun ke 2 ibu_suri mengalami bipolar disorder. Masa-masa dia pernah mengamuk dan membaling pisau ke arah aku. Masa-masa dia paksa aku membawa dia berjumpa dengan KM Pulau Pinang di Komtar.

Aku suruh Angah bawa kereta sebab aku bimbang aku tak boleh fokus semasa memandu. Ingat nak mengadu pada mak. Meluahkan apa yang bersarang di dada. Tapi akhirnya bila sampai ke rumah dan melihat mak yang seddang terbongkok-bongkok mengemas rumah, aku jadi kelu. Tak dapat nak keluarkan kata apa-apa sebaliknya hanya menatap wajah mak sepanjang masa walaupun beberapa kali mak bertanya.... kenapa?

Hari ini, walaupun masih ada dugaan yang aku terima sana sini, aku boleh mengatakan bahawa aku sudah sedikit kebal menghadapinya. Sudah mangli dan boleh tenang melaluinya.

Dan aku bersyukur untuk itu... Kini, aku boleh bercakap dan layak untuk bercakap tentang perkataan SABAR kepada adik beradik dan rakan-rakanku yang sedang berhadapan dengan masaalah hidup kerana aku sudah diijazahkan dengan kesabaran untuk sekian lama...

8 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Ijazah ini tak semua org mampu utk menggapai IM. Calang-calang org boleg kecundang dipertengahan jalan apa lagi kalau tak kuat iman.

Kakak lama mengikuti kisah IM memang kagum dgn kekuatan yg IM ada

shaliza berkata...

Saya baca semua...bila rasa ada keperluan nak komen, baru lah komen...hikss..nk jugalah ijazah tu:-)

Kamsiah yusoff berkata...

DIA memberi jian yg mampu utk digalas..

Kakcik Seroja berkata...

Bukan senang untuk menggenggam ijazah...hanya yang benar2 mampu mengharungi cabaran yang layak menerimanya...

Teruskanlah menggenggam ijazah kesabaran itu. :)

~Inni Osman~ berkata...

duk baca jugak...cuma tak komen...hehe...
tahu IM mmg sorang yg hebat dan tabah...

JR berkata...

Ijazah pada sekeping kertas lepas studi 4 tahun tu mudah aje, yang payahnya nak dapat ijazah berbentuk dugaan Allah seperti yg IM dah tempuhi...

sud@is berkata...

Alah bisa tegal biasa, senang diucap payah dihadap
Semoga rahmat Allah mengiringi IM

Tanpa Nama berkata...

http://www.argos.co.uk/static/Product/partNumber/1516885.htm?CMPID=GS001&_$ja=cgid:18091974685|tsid:59156|cid:189949525|lid:96720408685|nw:g|crid:60095811685|rnd:17142855528745057275|dvc:c|adp:1o1

salam im
.kalau ada rezeki, belikan ibu suri recumbent exercise bike. So bila dia duduk dia bersandar dan kayuh pelahan lahan ..

letak depan tv. Ini elok untuk muscle badan dan beriadah.
im pun boleh guna.

Saya cedera teruk selepas eksident. balance sgt teruk.. lain lain anggota kurang elok. tapi saya kayuh perlahan lahan.. memang sakit sikit, lama lama sedap bila bunyi keletap keletup urat tu kena gerakkan. serta rasa segar dan badan kurus sikit bila berkayuh sebab kalori dibakar semasa mengayuh.

duduk comfortable.

lagi satu,kurangkan teh bergula air bergula dan makanan bergoreng dan berlemak. Ini pun applies to IM jugak.
Kurangkan karbohidrat makan ikan lebih dan sayuran.