Khamis, 25 Disember 2014

Jalan Baldwin


Semalam, 

aku bawa Akhmal ke rawatan susulan di Hospital Seberang Jaya. Jahitan di bahagian anunya telah bertas. Doktor ambil keputusan untuk menjahitnya semula, bimbang akan ada infection. Bukan kepalang meradangnya dia.

Malam, aku bawa pula berjumpa dengan Pak Su yang tinggal di Lorong 11. Sering dia mengadu sakit dan lenguh dari belikat yang kemudiannya seperti bergerak ke lengan buat aku berprasangka yang bukan-bukan.

"Tak ada apa-apa ni. Memang dia sakit betul. Bawa dia pergi urut," ujar Pak Su setelah dia picit-picit serata bahagian yang sakit. Lega juga rasa hati mulanya seperti agak hampa kalaulah benar Akhmal dihinggap benda halus itu. Rasanya beban yang ada pun sudah letih menanggungnya...

Hari ini, 

aku tinggalkan dulu rumah dan segala siratan yang ada di dalamnya. Lewat pagi aku bawa ibu_suri meluncur ke Tapah. Famili ibu_suri mengadakan gathering di Kampung Batu 3. Aku dah book Hotel Kawan yang terletak di Jalan Baldwin. Dah lama aku tak bawa ibu_suri menginap di hotel. Okey juga hotel ni. Masih baru dan boleh dikira murah. Pertama kali aku menulis blog menggunakan wifi free hotel. Tapi... macam siput..

Siang, bersama dengan sanak saudara ibu_suri; baca tahlil, BBQ dan mandi di Kuala Woh. Malam, tidur di hotel. .

Esok,

selepas check out, aku pergi semula untuk bersama keluarga ibu_suri. Mungkin malam baru balik. Ingat nak singgah jenguk mak aku di Ipoh. Kalau jadilah, cadang nak bermalam dulu di Hotel Fair Park sebelum pagi lusanya aku berjumpa mak.

Tengoklah....


6 ulasan:

Pendekar berkata...

wah..ini kes makhluk halus pulak dah?

oppps... lupa nak bagi salam... assalamu'alaikum...

Makhluk halus seperti jin dan syaitan tak mampu memberi mudarat kepada manusia.

Hanya Allah dan malaikat sahaja mampu melakukannya.

Ibu n Abah berkata...

IM
Harapnya IM tak tengok2...
Pi jer jengok mak
Ibu suri mesti seronok bercuti begitu.....

Kakzakie Purvit berkata...

Alhamdulillah... kalau macam tu Angah kena teruskan terapi dgn doktorlah..

Kakak pasti ibu_suri mesti senyum memanjang sebab dpt berkumpul dgn keluargnya..

iryantyismail berkata...

wah mesti seronok berkumpul keluarga

Kamsiah yusoff berkata...

harap2 penyakit Akhmal cepat sembuh ya IM...saya yg membacanya pun turut terasa beban yg terpaksa IM pikul..

Ismail aka Pak Mail berkata...

Mungkin ketika komen ini saya tulis saudara baru 'check-out' dari Hotel Fair Park. Semuga segala rancangan berjalan lancar dengan izin Allah.....