Malam ni tak tahu nak tulis tentang apa. Tapi tangan ini kata, rugi kalau sehari tak menulis.
Hari ini seharian hujan. Aku pun tak ada mood nak kemas rumah maupun memasak. Cuma perangat apa yang ada dalam peti sejuk. Seronok bila tengok peti sejuk kosong dari makanan yang tersimpan.
Hujan yang turun setidak-tidaknya akan meringankan kerja aku membuang tahi kucing di depan rumah. Suka sangat kucing jiran aku ni berak depan rumah. Kekadang bila tak perasan, habis terpijak dan membekas di merata porch kereta. Baunya... masyaallah... 'semerbak' mencucuk rongga hidung. Selalu aku memujuk hati ini supaya ikhlas membuang tahi kucing itu. Bila kita ikhlas, muga-muga dapat pahala. Apalah yang kucing-kucing itu tahu melainkan 'melepas' ikut keselesaan dia aje lah....
Akhmal pun dalam sehari dua ini nampak ok.
Sebelum aku keluar bawa ibu_suri jalan-jalan tadi, aku sempat sms dia...
"Ayah harap kamu buanglah tabiat tidak baik itu. Ayah akan bantu kamu settle 1~2 isu dengan balai. Bila semua itu selesai nanti, ayah bantu kamu carikan kerja. Bila dah kerja, kamu simpanlah duit. 2~3 tahun nanti bolehlah kawen dengan ..... "
Tapi bila dah tekan butang send , aku rasa macam ntah apa-apa pulak. Aduh... garu kepala walaupun tak gatal. Akhmal ini seorang penuntut janji...
Tapi kekadang, kawen ini boleh menjadi ubat yang mujarab untuk 'penyakit' macam si Akhmal ni. 2~3 orang kawannya dulu aku perhatikan begitu...
4 ulasan:
Berapa umur Akhmal? Betul juga, perkahwinan menuntut tanggungjawab, mgkn bila ada rasa tanggungjawab tu dia befubah...
Rasanya IM dah jumpa penyelesai penyakit Akhmal. Mana tahu mujarab dan berkesan ubatnya...
salams uncle im,
insyaallah mungkin akhmal boleh berpikiran mcm yg ayahnya fikir dan rancang:)
Memang setiap anak adalah penuntut janji. Cuma kita sebagai orang tua yg semakin pelupa ini kadang2 terlupa janji. Saya juga pernah terlupa janji dan cuma sedari selepas melihat reaksi anak yg agak berbeza...
Catat Ulasan