Khamis, 18 Disember 2014

Rindu


Hari ini tak banyak perkara baru yang aku perbuat. Semuanya rutin yang sama. Basuh pakaian, sapu laman rumah, kemas dapur dan gosok baju. Rutin yang tak pernah habis.

Petang... hujan.

Kekadang terbit rasa cemburu bila melihat sesetengah rakan ada kesempatan buat program kemasyarakatan. Itu semua dah lama aku ketepikan. Ketepi semata-mata alih fokus pada keluarga.

Aku juga dah lama tak pergi kuliah Dr Danial di Tapian Gelanggang. Bebaru ini, rakan yang mengambil aleh tugas mengelola kuliah Dr Danial atau lebih mesra kami panggil DD ada menghubungiku melalui message di fb. Katanya, dia dah bina page Jef's Teammedia khusus untuk berkongsi klip video kuliah-kuliah DD. Boleh klik di sini.

Aku ingat, minggu-minggu akan datang aku nak cuba hadir semula ke kuliah DD. Walaupun tak lama at least aku cuba berjinak semula. Hasil dari tarbiyah DDlah aku menjadi seperti aku sekarang ini.

Aku rindukan suasana dulu. Suasana kuliah dan berjamaah

6 ulasan:

Puteri Kenari berkata...

semoga ibu suri sihat selalu agar im dapat menyertai rutin lama yang sentiasa menanti im.

Tanpa Nama berkata...

Salam

Takpe..kerja amal tu dimana mana walau dirumah. Pahala tetap ada. Bak kata pepatah kera dihutan disusukan anak dirumah mati kelaparan. Apa yg pakcik buat tu di rumah adalah yv wajib. Pahala bila dgn ikhlas
Salam

Tanpa Nama berkata...

Maksud saya utamakan yg depan mata dulu sblm kita pergi keluar nak buat amal..

AMIIZAA@Mieja berkata...

salams u.imm,

luangkan sedikit masa utk diri sendiri walaupun kita sibuk yg teramat....saya doakan semoga uncle im dan ibu suri sentiasa dalam lindungannya, amin.....amin....

JR berkata...

Utamakan yg utama, itu yg lebih afdal kan... Lepas selesaikan yg utama no 1 baru kita beralih kepada yg utama no 2 dan selanjutnya...

iryantyismail berkata...

jaga isteri pun satu amal juga im..sementara masih ada..jagalah sebaik baik sepertimana im dah lakukan selama ni...