Halaman

Selasa, 13 Januari 2015

Bengkel Kereta

Isa ajak aku berjumpa di sebuah bengkel kereta kat Sungai Lokan. Pusing-pusing mencari, akhirnya ketemu juga.  Relong Auto Service Center... gitulah lebih kurang nama bengkel tersebut. Kenapa tidak guna nama dalam BM sebaliknya dalam BI, ntahlah...

Ianya sebuah bengkel milik Biro Ekonomi Pertubuhan IKRAM Pulau Pinang. Ini antara projek penjanaan ekonomi selain rangkaian Tadika Amal, Sekolah Islah, koperasi dan lain-lain.


"Kami nak tawar kerja-kerja pejabat kat enta ni. Itupun kalau enta mahu..." terang Isa, sesuatu yang aku dah duga dari awal.

Bidang kereta memang asing bagi aku yang dah 30 tahun lebih bergelumang dengan pembuatan semikonduktor. Memang payah juga nak membuat keputusan samada menerima atau sebaliknya.

Bekerja itu memang perlu untuk sara hidup walaupun sedikit. Tambahan pula badan masih sihat dan ada tanggungan. Tapi fe'el aku yang agak takut-takut untuk mencuba bidang baru buat aku berfikir banyak.

7 ulasan:

Kakcik Nur berkata...

Kita ini sebenarnya ada bakat tersembunyi. Bakat itu hanya akan keluar kalau kita mencuba dulu sesuatu yang mungkin tak pernah kita lakukan...

Cubalah dulu, mana tahu bakat itu sebenarnya tersembunyi di situ... :)

AMIIZAA berkata...

Salams IM & Ibu Suri

selamat tahun baru 2015.
semoga segalanya dipermudahkan:)

Kakzakie berkata...

Isa nampak kebolehan IM kalau tak mana mungkin dia offer. Cuba dulu tak salah kan..

aizamia3 berkata...

Isa bagi peluang untuk IM cuba sesuatu yang baru.. mana tau dengan peluang tersebut, IM akan mahir dari sebelumnya.

JR berkata...

Kerjalah dulu. Anggap saja bulan pertama sebagai bulan tempoh percubaan. Kalau rasa sesuai teruskan, jika tidak sesuai buat keputusan lain...

iryanty ahamad berkata...

pintu rezeki dah terbuka luas im...tak salah mencuba..manalah tahu serasi..boleh juga tambah pendapatan..

Ibu n Abah berkata...

Umpama rezeki dtg bergolek
Cuba jer IM
Kalau serasi jadi satu bonus buat IM