Halaman

Khamis, 15 Januari 2015

Bila Yop Balik?

Bercadang untuk balik kampung, esok. Kalau sampai mak dah menalipon bertanya khabar, itu maknanya mak rindu kat anak-anak dia la tu. Itu, tara anak ramai - 8 orang.

Tak heranlah kalau ibu_suri juga tetiba bertanya pasal Along, kenapa kata nak balik tapi tak balik-balik pun...


"Dia kena standby kerja..." terangku. Asalnya Along kata nak balik Hari Krismas. Tunda ke tahun baru. Tunda pulak ke Hari Wilayah. Tup-tup, tadi pagi dia bagitahu ada kat Serawak.... kerja.

"Baguslah tu. Itu maknanya, bos percaya dia boleh buat kerja kat sana." terangku lagi bila ibu_suri semacam tak puas hati kenapa asyik Along saja kena pergi Serawak. Orang lain tak ada ke?

Kekadang letih juga melayan kerenah ibu_suri yang semacam ini. Acapkali dia seperti tidak dapat menerima hakikat terhadap sesuatu perkara yang pada aku sebenarnya normal.

Kelmarin pun dia tanya soal yang sama.... bila Along nak balik. Esok pun mungkin dia akan tanya juga, bila Along nak balik?

Macam itulah juga agaknya adikku Duyah di kampung melayan kerenah mak aku yang bila rasa sunyi, akan terkenangkan anak-anak yang dulu dia pelihara dengan segala susahpayah. Lalu bertanya...

Bila Yop kamu nak balik?

Kemudian tak lama, bertanya lagi... bila Yop kamu nak balik?

Walaupun sebenarnya kekadang, aku baru saja balik seminggu sebelum itu!

12 ulasan:

smbotak berkata...

baca entri ni, terus teringat mak kat johor sana. walau pun dia tak call, tapi saya dah azam nak balik lama sikit sempena cuti hari wilayah nanti.

*selamat sampai ke kampung...

*saya bukan robot. hehehe...

Bearcat berkata...

Hati seorang ibu...
Tersentuh dengan coretan IM walaupun saya dah tak punya ibu.

❤Kamsiah❤ berkata...

kerinduan seorang ibu terhadap anak2nya IM..

Nor Azimah berkata...

rindu, sunyi hati sorang ibu terhadap anak2, kita sok dah tua cam tu juga..

Kakcik Nur berkata...

Ibu bukan hendakkan wang ringgit, cuma mahukan kehadiran anak-anak untuk mengubati rindu di hujung usia...

mokjadeandell berkata...

ada masa teringat bukan main tapi apakan daya ...jadi penyedap kata.Nak talipon credit habis.Nak balik tambang mahal...

kadang2 rasa macam ibusuri.

mokjadeandell berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
mama maman aka yana berkata...

kan IM.. sayu hati bila dengar ibu bertanya bila anaknya nak balik jenguk diorg kat kg.. kita yg kerja nih mcm2 masalah.. nak2 jauh.. kalu dekat ari2 boleh jenguk.. :)

iryanty ahamad berkata...

penantian tu satu penyeksaan

JR berkata...

Sekarang saya juga rasai benda yang sama bila 3 anak saya belajar di luar. Patutlah dulu masa saya belajar dan kemudian kerja kat KL, mak selalu telefon : 'bila nak balik, bila nak balik??', sekarang soalan yg sama selalu saya tujukan kpd anak2 di Johor, Melaka dan Perlis...

sud@is berkata...

hakikat sorang ibu rindukan anak, hakikat ayah control macho wpun sebenarnya dia pun rindu juga..betul x IM?

AMIIZAA berkata...

salams uncle...

agaknya esok saya tua pon mcm ibu suri jugak....moga ibusuri dan ibu sentiasa dalam lindungannya....