Ahad, 18 Januari 2015

Futur


Sejak ibu_suri diserang ahmar, aku meninggalkan hampir keseluruhan aktivisma aku dengan NGO IKRAM ( dulunya JIM ). Di 2015 ini, memasuki 7 tahun aku hanya menjadi pemerhati kepada rakan-rakan seperjuangan aku dulu yang masih giat melakukan kerja kemasyarakatn.

Terasa amat rugi, kosong dan hambar hidup ini. Hari-hari yang aku lalui seperti sama sahaja dan kekadang terasa sempit.

Aku selalu berdoa pada Tuhan muga satu hari nanti aku diberi peluang untuk kembali semula ke gelanggang dulu. Berganding bahu dengan rakan-rakan untuk mengisi hidup dengan berbuat amal kebaikan.

Tak paasti samada rakan-rakan aku dulu masih ingat akan aku atau sebaliknya. Apakah aku ini sebenarnya tergolong dalam kumpulan orang yang 'futur' dalam perjuangan?

5 ulasan:

iryantyismail berkata...

ibu suri kan tak sihat..jagalah ibu suri selagi dia hidup im...

gelangang tu ketepikan dulu..ibu suri lbih penting...kesian ibu suri im..

Tanpa Nama berkata...

ye, setuju. sy rasa ganjaran menjaga isteri yang sakit pun amat besar.. Ini cara Allah nak beri pahala kepada IM.

NzA berkata...

IM berkorban menjaga ibu suri jugak satu ibadah. Besar ganjaran pahala yg IM dpt.

Shahrul Yusof berkata...

Errr.. Futur tu apa?

mutiara bd berkata...

Pasti ada jalan terbaik.
Yang penting teruskan usaha!