Halaman

Selasa, 20 Januari 2015

Lamanya

Susahnya hati ini bila memandu bukan kereta sendiri. Tatkala memegang stereng, rasa takut-takut itu sentiasa membayangi.

Pergi ke Perodua untuk lihat perkembangan pembaikian kereta. Menantu aku menandatangani beberapa dokumen yang diperlukan untuk proses tuntutan insuran. Angah beriya-iya mengajak aku melihat keadaan Viva aku yang kemek. Aku sebenarnya tak sanggup nak tengok. Lagi aku tengok lagi semak dada aku dibuatnya.

Bagi aku, kut manapun aku tetap kena terima  kenyataan kereta itu bukan lagi seasli sebelumnya. Dan bagaimana keadaan selepas baiki, aku serahkan pada Tuhan. Doaku ianya tidak senasib Kancilku sebelum ini.

Ikut kata encik Syukur, staf Perodua yang ambil kes kereta aku ni, 2 bulan lagi baru siap. Aduh... lama sungguh rasanya. Bukan lama itu kerana dapat kembali kereta tapi lama yang aku rasakan itu ialah tempoh aku terpaksa meminjam kereta Angah. Kereta yang sebenarnya dia beli mengunakan nama isterinya -  Ayu, yakni menantu aku itulah!


9 ulasan:

❤Kamsiah❤ berkata...

bersabarlah IM..

Ibu n Abah berkata...

Semuga urusan IM dipermudahkan oleh ALLAH snw.

iryanty ahamad berkata...

mmg susah kalau pakai kerera orang..walaupun anak sendiri...sabar ye im

Kakzakie berkata...

Ujian melanda siapa pun kalau boleh tak mahu tapi siapa kita nak menepisnya. sabarlah....

Bearcat berkata...

Semoga cepatlah siap kereta IM. Bersabar ya.

smbotak berkata...

2 bulan tu termasuj claim insurans ke? Kalau repair saje, tak sampai kot.

JR berkata...

Kalau 2 hari tak ada kereta rasa seperti hilang sebelah kaki. Kalau 2 minggu rasa seperti hilang dua belah kaki. Tapi kalau dua bulan? Hadoiiiiii....tak boleh bayangkan!

Sylarius Yusof berkata...

Kereta ni kalau dah lama sangat, repair kot mana pun, feel dia dah tak sama macam asal. Nak maintain pulak, perlukan kos yang agak tinggi. Macam saya sendiri pun, kekadang termiss ganti minyak hitam. Mengaum jugak bunyi enjin bila dah lama tak salin minyaknya.

PakMail berkata...

Memang terasa lama apabila melakukan sesuatu kerana terpaksa atau tiada pilihan lain.

Saya boleh memahaminya....