Halaman

Rabu, 28 Januari 2015

Tak Semiak


Sebenarnya dah 2~3 hari dah rasa tak sedap badan. Kalau kata orang Perak, tak semiak. Mulanya sakit-sakit kat kening kiri. Hari ini terasa seram sejuk. Mata terasa berat dan seperti berpasir.

Tapi aku gagahi juga bawa ibu_suri berjalan-jalan. Itu rutin yang mau tidak mau aku kena buat walaupun adakalanya ibu_suri kata tak apa. Kesian juga dia terperuk seharian di dalam bilik.

Dan aku tahu, bila usia mencecah tua ini, sistem antibiotik dalam badan agak kurang efisyen. Jadi untuk kebah dengan sendirinya agak lambat. Kekadang seminggu. Malah kes yang terakhir demam aku sembuh memakan hampir setengah bulan.

Aku ni, kalau masa kerja rajinlah ke klinik... minta mc. Tapi sejak dah tak bekerja ni.... arghhh... biaq pi ianya baik sendirilah, ya...

4 ulasan:

iryanty ahamad berkata...

alahai sedih nya muka kst gambar tu....lama juga yer im kalau tak sihat...arap2 kali ni tak lah lama sebegitu...muda mudahan im cepat sembuh..amin...agaknya banyak masalah kot 2 3 hari ni...pi lah klinik im cek..jangan dibiarkan..

shaliza berkata...

Moga cepat sembuh Pak IM...bawa2 lah berehat jugak:-)

Saniah Ahmad berkata...

semoga cepat sembuh IM,, masa saya muda dulu bila kena hujan rasa tak jadi apa,, skrg ni kalau kena hujan je dah pening,, betul tu semakin berusia semakin mudah dijangkiti kuman sebab tahap antibodi dah semakin berkurangan seiringan dengan peningkatan usia,, sama2 lah kita menjaga kesihatan,,

insan marhaen berkata...

iryanty,
masaalah tu hari-hari ada. sakit ni jarang-jarang saya dapat. tapi kalau dapat, memang lambat baiknya.

shaliza,
memang sepanjang semalam dan hari ini, lepak je...

saniah,
ya.. jaga kesihatan dari muda lebih baik..