Halaman

Khamis, 29 Januari 2015

Ke Masjid


Hari ini aku lebih banyak lepak di rumah. Badan memang rasa tak sedap. Kalau istilah orang Perak... dedo..

Tapi alhamdulillah, berjamaah di masjid masih aku teruskan. Aku ni jenis lebih selesa mengenakan pakaian kasual sahaja bila ke masjid. Berbanding jamaah lain yang rata-ratanya memakai kain pelikat dengan baju Melayu malah yang lebih 'gah' ialah memakai jubah dengan serban.

Hari ini aku memakai kemeja T merah, seluar panjang hitam dengan kopiah yang orang Tabligh suka pakai tu. Datang awal 20 minit, relaks dulu dalam kereta dengar nasyid. Kemudian baru ambil wudhu' dari air kolah.

Aku lebih suka berwudhu' dengan air kolah. Bagi aku celupan tangan-tangan dari orang alim sebelum itu akan sedikit sebanyak tempias juga ke tubuhku.

Solat tahyatul masjid, solat sunat Qabliyah dan Ba'diyah. Kalau di rumah solat sunat begini berat sangat nak diperbuat. 

Sayangnya, aku pergi sendirian sahaja, selalunya. Kalau dapat ke masjid bersama dengan ibu_suri kan lebih awesome!

5 ulasan:

salmiah awang berkata...

Alhamdulillah...semoga diberi kesihatan agar dapat terus memeriahkan masjid.

Dedo tu bahasa orang Pahang juga tau...

shaliza berkata...

Dapat berjemaah tu rezeki besar untuk kita...alhamdulillah

Kakzakie berkata...

Tak kisahlah pakai apa pun janji aurat tertutup. Tapi kalau nak cari yg sunnah-sunnah tu apa salahnya..

Sekali pergi banyak yg sunnah dah jelas tercatat. Untung!


iryanty ahamad berkata...

alhmdulilah...jga ksihatan..

insan marhaen berkata...

salmiah,
o.. ye ke?

Saya ada saudara dari Pahang. Bahasa percakapannya lembuttt jerr..

shaliza,
betul. itu rezeki bagi orang pencen awal dan masih sihat macam saya.

massa kerja dulu lansung tak sempat pi masjid.

kak zakie,
tak pa lah. kita cari sunnah yang lain yang mampu kita perbuat.

iryanti,
ya.. saya memang sedang berusaha untuk menjaga kesihatan. salah satunya sedang bertukar dari minum teh paket kepada teh o...