Halaman

Khamis, 29 Januari 2015

Kenderaan Berat

Angah diarah oleh majikannya - Lafarge supaya menghantar lori yang selalu dia pandu bekerja ke Puspakom. Setelah selesai, dia minta aku ambil dia dari tempat kerja di mana lori itu akan di simpan.

Aku manalah tahu tempat kerja dia di ceruk mana. Jadi, dia menunggu aku di Petronas Sungai Lokan (kawasan Sungai Dua).

Aku bawa bersama ibu_suri yang  mahu sangat tengok bagaimana rupa lori yang anaknya kata 10 tayar tu. Tak sangka, dalam ramai anak mahupun adik beradik dan saudaramara, ada juga yang boleh memandu kenderaan yang seberat ini. Berbangga juga rasanya.

Usahkan ibu_suri, aku sendiri pun rasa gayat...




6 ulasan:

Sylarius Yusof berkata...

Nak bawak kenderaan berat macam lori simen ni memang perlukan kepakaran yang bukan calang-calang. Itu, kalau nak parking dia tu pun perlukan skill.

Kakcik Nur berkata...

Itu kemahiran Angah. Tidak semua orang ada kemahiran itu... :)

Saniah Ahmad berkata...

kelebihan nya disitu,, dah kira pakar tu,, boleh ambil lesen mengajar memandu kenderaan berat pulak :-)

iryanty ahamad berkata...

betul tu kak anie

Ibu n Abah berkata...

Alhamdulillah
Lain anak lain keistimewaannya.

insan marhaen berkata...

sylarius,
anak saya cuma baru beberap abulan sahaja dapat lesen 'berat' itu. belum cukup mahir..

kakcik,
betul tu. kemahiran along dan angah amat jauh beza...

sariah,
ha..ha.. elok juga idea tu. jadi cikgu juga namanya, kan?

iryanti,
terima kasih atas doa. muga termakbul..

ibu n abah,
memang.. 3 anak saya ada 3 kemahirn mereka...