Halaman

Jumaat, 30 Januari 2015

Senyum Ajelah!

Ingat nak rehat saja pagi ni dari pergi riadah seperti selalunya bila melihat mendung di luar. Tau-tau ibu_suri bersuara dari dalam bilik...

"Abang... cepat.. tak tahan ni..." lalu terdengar bunyi debur air mencurah jatuh ke permaidani.

Alahai... aku cepat-cepat ambil tuala mandi dengan segelas air. Suruh ibu_suri terus pergi mandi sahaja sementara permaidani itu aku lap.. curahkan air.. lap...curahkan air... dan seperti itulah beberapa kali.

Ini bukan sekali tapi dah acapkali. Aku ingat nak buang saja permaidani ini. Biarlah lantai simen ini dilitupi dengan tikar getah sahaja akan tetapi ibu_suri tak kasi. Sayang... katanya.

Selesai operasi di bilik tidur, aku ke bilik air membantu ibu_suri mandi.

"Sori ye bang... " sambil memegang tangan aku minta difahami. Apa yang nak aku katakan... Cipta senyuman balas sahajalah...

7 ulasan:

Sham berkata...

Tiap kali bc pasal ibu suri mst mata masuk habuk...apa daa...

Kakcik Nur berkata...

Tak mengapalah...

saham buat IM...

Kakzakie berkata...

Besarnya ganjaran buat IM.
Bersyukurnya ibu_suri dipertemukan IM.

Granny Hani berkata...

Bertuah nya ibu suri....

AMIIZAA berkata...

salams uncle

saya sangat kagum dengan uncle,suami mithali....susah nak jumpa suami yg baik dan memahami.....beruntung ibu suri punya suami yg sangat memahami dan menyayangi...saya doakan moga kekal hingga kesyurga, amin :)

iryanty ahamad berkata...

cian ibu suri..sabar yer im

insan marhaen berkata...

sham,
hatimu begitu lembut... hu..

kakcik,
begitulah harapan saya. menjaga dia kerana tanggungjawap dan Dia..

kak zakie,
saya pernah kata padanya begitu. kalau orang lain dari saya... belum tentu. atau mungkin lebih baik penjagaannya dari saya. tak mustahil.

hani,
harap kamu juga begitu. bertuah!

amiizaa,
terima kasih atas doa. tapi kekal untuk ke syurga tu... ntah ler...

iryanti,
nasib baik dia yang begitu dan sayang begini. jika sebaliknya, tak pastilah nasib saya..