Halaman

Jumaat, 30 Januari 2015

Gagal Akses


Beberapa waktu ini kerap berlaku kepada kad atm aku ini, Tak kiralah milik bank mana, tidak boleh di akses menggunakan mesin atm bank yang lain.

Tadi petang aku nak keluarkan duit dari Maybank menggunakan kad atm Agro Bank. Gagal. Pergi pula ke BSN. Juga gagal. Pindah ke Public Bank di sebelah... Pun tak boleh.

Akhirnya aku terpaksalah berpatah balik ke Agro Bank... barulah ok.

"Agaknya sebab hari ni hujung bulan, ramai orang nak keluar duit. Jadi bank tak kasilah pelanggan lain menggunakan kemudahan keluar duit dari bank dia..." ujarku pada ibu_suri sebaik saja masuk semula ke kereta sambil menyusun duit yang baru aku keluarkan tadi ke dalam dompet.  Sebelum ini tak pernah pula berlaku sebegini!

Esok sahajalah nampaknya aku ke AeonBig untuk membayar deretan bil-bil di Pejabat Pos. Istimewanya pejabat pos di situ ialah di buka hingga ke malam.

6 ulasan:

salmiah awang berkata...

mungkinlah kot...awal-awal bulan ni masing-masing serbu bank.Itu yang mesin ATM pun dah penat.

Sani Sini Sana berkata...

Saya pernah kena dulu guna kad atm public bank keluarkan duit di Petronas. tapi duit tak keluar, kemudian pergi ke Petronas lain ..duit tak keluar juga.. akhir sekali bila malam baru boleh keluarkan duit. Yang malangnya duit yang di withdraw di atm telah ditelan dan duit short RM1,500 di akaun. Lepas 2 minggu juga baru lah dapat balik itu pun kena buat report apa bagai...

Hero Borneo berkata...

benda yang memudahkan boleh juga menyusahkan...

Najib Ariyan berkata...

begitu pulak... yang saya dengar kalau di bank sendiri selalu tak menjadi (terutama kad maybank di atm maybank) kalau keluar kat atm bank lain okay jer... syak diorang nak duit seringgit yg kena bayar kalau guna bank lain tu... hmmm berapa juta lah dapat dalam sehari tu yer...

iryanty ahamad berkata...

mudah nya urusan di pej pos kalau ditempat yan macamtu :-))

insan marhaen berkata...

salmiah,
bila dia penat, tu yang 'out of order'.

3S,
harap-harap saya tak kena kes macam tu. leceh sungguh.

HB,
itulah dugaan namanya yang menguji sejauhmana kekuatan kesabaran kita.

najib,
tak baik sanagka gitu. saya rasa mungkin ada silap di mana-mana. mungkin masaalah perisian.

iryanti,
memang banyak memudahkan terutama bagi yang bekerja. hari ahad pun dia buka, kalau tak silap.