Rabu, 25 Februari 2015

Klip Video

Selepas bangun dari tidur petang tadi, aku mandi sepuasnya. Aku capai kemeja T merah JIM kegemaran.

Usai solat di masjid, aku akur saja ajakkan ibu_suri untuk jalan-jalan. Lagipun, aku nak santai saja malam ni mententeramkan jiwa yang sikit kecamuk. Memandu sambil dengar zikir Penawar Hati 7 - Munif Ahmad.

Singgah makan malam di gerai Nasi Malam kat Pongsu Seribu. Walaupun lauknya dah tinggal seredak tapi dek malas nak ke tempat lain, cedok saja apa yang ada. Lagipun, laukpauk hatta kuahnya saja pun memang sedap.

Selesai makan, ibu_suri ajak balik ikut jalan jauh. Singgah beli aiskrim di kedai Tabligh, Penanti. Sambil tunggu dia makan, aku tunjukkan dia klip video di bawah. Ada 2 saja kemungkinan bila dia tonton klip video ini:

1. ketawa
2. aku kena marah

Aku gamble je... nasiblah!

klip video 1...



klip video 2...



Bergantang-gantang soalan dia pada aku;

1. dari mana aku dapat video ni.
2. pasal apa video ni asyik cerita pasal/tunjuk orang gemuk.
3. apa pendapat aku tentang dia... adakah dia gemuk dan tak lawa
4. bla... bla...
5. kena cubit...

Apapun, bila balik rumah dia suruh aku tunjuk semula kedua klip video tersebut. Sambil tonton dia ketawa sendirian...

8 ulasan:

JR berkata...

Pongsu Seribu banyak mengimbau kenangan silam saya kerana masa di sekolah menengah dulu setiap hari naik basikal dari kampung saya di Tasek Gelugor utk ke sekolah di Kepala Batas mesti melalui Pongsu Seribu...

iBu...gUru berkata...

Mencari rezeki .... KMPP

Bearcat berkata...

IM, Nasi Malam tu kedainya buka dari jam berapa hingga jam berapa?

Tanpa Nama berkata...

Alahai, romantiknya kalian berdua. Hehehee...

Najib Ariyan Ali Basha berkata...

makan asal ada memang menenangkan jiwa... mencapai apa saja dalam hidup untuk kebahagiaan dan tidak demand banyak2 akan lebih membahagiakan lagi

iryantyismail berkata...

betul tu najib...

insan marhaen berkata...

bearcat,

tak pasti mula pukul berapa tapi dari petang dah ada hingga tengahmalam.

saya pergi lebih kurang jam 11 malam, nasib la. kekadang lauk masih ada kekadang tinggal kuah saja.

kat sana ada gulai itik dan gulai rusa.

Bearcat berkata...

IM...gulai itik...saya suka sangat.

Nanti hari cuti bolehlah jengah ke Nasi Malam. Mana tahu ada rezeki boleh jumpa IM di sana :)