Halaman

Khamis, 26 Februari 2015

Semalam

Semalam aku benar-benar dalam kecamuk. Akhmal mengamuk. Menerpa dapur dan menggenggam semua pisau yang tersimpan di atas kabinet dapur. Dia mencari CT. Ntah apa sebabnya yang dia  marah sangat.

Tapi yang aku pasti, dia dalam kondisi 'tak stabil'. Aku panik. Cuba menalipon Angah. Tapi talipon aku pula buat hal. 

Aku ke rumah biras, ingat nak minta tolong. Mereka juga tak ada. Nasib baik Ema (anak saudara) datang. Ada juga penyejuk suasana dan teman aku secara tak lansung.

Aduh... Akhmal... Akhmal...

Aku sembahyang dan sujud lama-lama minta pertolongan dari Tuhan. Semasa memandu, semasa menunggu talipon di periksa oleh pekedai, semasa semuanyalah itu... aku berbisk dalam hati... berdoa minta Allah membantu.

Akhmal benar-benar mengamuk. Merapu, mencarut dan menengking... semua ada.

Sesekali aku teringat kepada mak Akhmal di Setiawan. Maafkan aku... kak, kerana gagal menjaga Akhmal sebaiknya!

Akhirnya, kemuncak dari segala tekanan dalam diri, aku tidur di lantai berbantalkan lengan sehinggalah Angah balik dari kerja.

Malam, Angah datang berbisik kepada aku...

"Ayah, tak usah fikirkan sangat pasal Akhmal. Nanti ayah sakit. Ayah pi lah bawa ibu kemana-mana. Rehatkan fikiran sekejap..."

8 ulasan:

mama maman aka yana berkata...

bertabah la IM

mokjadeandell berkata...

ujian Allah dtg berbagai bentuk.Tabahkan hati.Kuatkan semangat.Allah is with you.

Kakcik Nur berkata...

Mungkin betul kata Angah, IM perlukan 'cuti'. Tenangkan diri di mana-mana bersama ibu_suri walaupun keletah ibu_suri sendiri sukar dimengerti...

shaliza berkata...

Ya Allah...semoga dipermudahkan. Saya pernah hadap keadaan begitu...cemas & takut. Bawalah akhmal berubat...doakan banyak2 untuk dia...sedekahkan al-fatihah untuk dia banyak2....dia dalam kecelaruan.

iryanty ahamad berkata...

:-(( ....mujur angah memahamikan im...

Ibu n Abah berkata...

Alhamdulillah
IM masih punya Angah untuk dijadikan teman.
Semuga masalah IM dipermudahkan ALLAH

❤Kamsiah❤ berkata...

Semoga IM diberi kekuatan serta ketabahan hati menghadapinya

Bunda a.k.a KN berkata...

Semoga dipermudahkan dan diberi ketabajan buat IM.....