Halaman

Jumaat, 27 Februari 2015

Gagang Talipon

Induksi
Mengambilkira saranan Angah di sini, aku bawa ibu_suri keluar makan tengahari. Kemudian singgah di Perodua Juru untuk tengok perkembangan pembaikian Viva aku yang terlibat kemalangan di sini.

Alhamdulillah, Paling lewat awal minggu depan boleh ambil. Legalah aku nanti sebab dah boleh pandu kereta sendiri. Pinjam kereta orang walaupun ianya milik anak sendiri pun rasa serba salah juga dibuatnya selama ini.

Kemudian aku singgah Rapid Wash kat Petronas Seberang Jaya. Aku suka polish kereta di sini sebab cuciannya tidak menggunakan mesin sebaliknya guna tangan. Kata bidalan; orang berbudi kita berbahasa. Bila pulangkan semula kereta yang dipinjam kepada tuan mestilah dalam keadaan merelit dan penuh petrol di tangki. Itu saja cara yang terbaik sebab kalau bagi duit kemungkinan besar Angah tolak.

Malam... jam 7 aku bergegas ke pejabat IKRAM di Taman Kelasah. Hadiri majlis iftar (walaupun sebenarnya aku tidak pun berpuasa sunat) dan program induksi. Program induksi adalah program penerangan tentang latarbelakang jamaah, suaikenal sesama ahli baru serta solat berjamaah. Rata-rata yang hadir adalah anak muda. Bila berbual dengan mereka tentang usia ternyata mereka sebaris dengan Along dan Angah.

Selesai program, aku balik ke rumah. Bawa ibu_suri keluar pekan untuk beli sedikit barang dapur. Sambil memandu, otak aku asyik memikir tentang wassap Akhmal tadi, berhasrat untuk tinggal bersama maknya di Setiawan.

Aku teringat talipon rumah yang aku guna semasa anak-anak masih kecil 15~20 tahun dulu. Selalunya bila berdering, kita akan angkat talipon itu menjawap panggilan. Selepas selesai perbualan, talipon itu akan di letakkan semula ke gagang.

Begitukah agaknya Allah mentakdirkan perjalanan hari depan Akhmal?

8 ulasan:

mokjadeandell berkata...

saya pun paling tak senang pandu kereta bukan milik sendiri..walau suami punya atau anak anak.Apalagi orang lain.

hrusli61 berkata...

Akhmal sedang mencuba memilih nasibnya bersama keluarga kandungnya. Jika dibangkang mungkin lebih banyak masalahnya.

Doakan terbaik untuk Akhmal. Jika dia telah memahami dan sedar, dia akan memilih semula yang terbaik untuk semua.

Doakan selalu.

Ibu n Abah berkata...

Suami saya juga tak suka tukar kereta. Dia puashati bawa keretanya sendiri...
Saya rasa ok juga sesekali tukar kereta...

Tanpa Nama berkata...

Jika itu kehendak Akhmal, izinkanlah dia. Muga di sana dia dapat mencari dirinya sendiri.

iryanty ahamad berkata...

jika itu pilihan dia..redha je im..mungkin ada hikmah dsebalik semua kjadian..sekurang kurangnya..ringan skit beban im

Tanpa Nama berkata...

Bila berjauhan barulah dia boleh menilai kasih sayang yang keluarga angkat berikan...walaupun ibu dan adik beradik kandung..tp dia harus belajar cara kehidupan mereka...

PakMail berkata...

Benar, guna kereta milik sendiri dengan milik orang lain tidak sama. Walaupun orang lain itu anak sendiri....

Cetusan Minda berkata...

beri dia masa untuk dirinya bersama ibunya . jika nanti dia merasa tidak selesa , terimalah kepulangannya dgn berlapang dada ...