Akhmal tidur di ruang tamu. Sesekali mengerang kesakitan. Lututnya yang berbalut itu memanglah akan terasa sakit bila digerakkan. Membiarkan kakinya tidak lansung bergerak pula akan membuatkan dia berasa lenguh dan kebas, juga merimaskan.
Subuh semalam tiba-tiba sahaja tingkap bilik aku di ketuk orang. Aku mengesat mata sambil memandang jam di talipon bimbit... pukul 3.30 pagi. Bila ditolak pintu gelansar, kelihatan Akhmal duduk menjulur di lantai memegang kaki.
"Kenapa bang?"
"Nak bawak Akhmal pergi hospital. Dia jatuh motor!" tanpa mahu menghurai lebih lanjut. Adakalanya ibu_suri tak perlu tahu kerana tahunya dia kelak akan menambah susah kerjabuatku nanti.
Aku sudah mangli dengan semua ini. Balai polis, mahkamah dan hospital seperti tempat wajib yang mesti aku pergi saban tahun.
Terfikir aku, adakah ini semua terjadi ke atas diriku dek kerana kelalaian aku dalam ibadah kepada Tuhan. Ada kesilapan yang telah aku lakukan.
Mungkin ini cara Tuhan menegur aku akan kelalaian yang aku buat kelmarin. Dia mahu aku segera menjajarkan semula terhadap semua amal ibadatku dan istiqamah dengannya.
Semasa aku menunggu Akhmal di rawat oleh doktor semalam, aku menghantar sms kepada Angah.
"Kalau tak ada kerja, datanglah teman ayah di rumah ya. Ayah rasa tak mampu nak tanggung kerenah Akhmal dan ibu kamu ini seorang diri ayah!"
Sujud terakhir Subuhku itu agak panjnag. Memang dah agak lama juga aku tidak berdoa dalam sujud sepanjang itu.
9 ulasan:
Kita tidak tahu bila Allah akan menguji kita dan sejauh besar mana ujian itu. Semoga IM sentiasa tabah terhadap semua ujian dariNya..
Allah sentiasa ada bersama kita.
Cuma kita acap lupa...
sabar yer im..betul kata kakcik...ALLAH sentiasa ada bersama kita
setiap manusia di dunia ini ada dugaan hidupnya sendiri.Sesukar manapun kita menerimanya,insyaallah...Allah tidak akan menguji umatnya melainkan sesuai dengan kemampuan kita.
Kadang-kadang tidak tahu hendak dikongsikan dengan siapa.
Semoga ditabahkan hati dalam menghadapi dugaan.
Setiap manusia pasti diuji,, begitu juga saya jika di uji seringkali menangis depan sejadah,, hanya itu yang mampu saya lakukan dan berharap DIA mendengar dan menolong insha Allah..
Sedihnya kakak baca ini IM. Betul-betul Allah uji. Semakin kuat iman seseorg semakin banyak ujian diberikan...
Salam IM,
ujian dan dugaan Allah kepada setiap kita berbeza2 IM..
Kekadang payah untuk meluahkan kepada seseorang apa masaalah kita...meskipun adik beradik atau sedara mara sendiri. Hanya
mereka yang pernah merasa dan mengalami hal yang sama saja yang bisa memahami
kita...
Allahuakbar...
Catat Ulasan