Selasa, 3 Mac 2015

Qaisara... 2


Alhamdulillah, cucuku Qaisara sudah keluar hospital. Walaupun bukan 100% sihat tapi mungkin kerana mahu mengurangkan kepadatan wad maka yang tinggal sikit-sikit lagi sakitnya itu di benarkan keluar.

Lama juga menunggu di farmasi. Ubat-ubat yang diberi rata-ratanya jenis cecair. Merah... jernih... semuanya ada. Campur sana 5ml dengan yang ini 2ml... Kena pandai matematik juga kalau nak beri anak meminum ubat jenis penyakit macam Qaisara ni.

Angah tak dapat nak ambil Ayu dan Qaisara dari hospital kerana kerja. Jadi, akulah yang urus semuanya ini termasuk membayarkan bilnya yang berjumlah RM39. Murah je kan... kalau hospital swasta agaknya mau ratus ringgit ni kalau dah duduk di wad hampir seminggu.

Tak pasal-pasal bila selesai urusan discaj, bawa mereka keluar ke kereta, ada notis amaran berwarna merah di cermin, Aku senyum saja... Betul juga jangkaan aku. Mesti guard itu tak senang tengok kereta aku parkir lama sangat di depan pintu masuk hospital. Aku ingatkan sekejap jer urusan discaj Qaisara ni... jadi aku letakkan sekejap kereta itu di bibir jalan. Faham ajelah... parkir di Hospital Seberang Jaya ni... sendat!

Qaisara adalah seorang anak yang tak banyak rengek. Senyum pun payah. Jadi agak sukar juga nak ketahui sejauhmana sakitnya dia. 

Tapi kalau dia menguntum senyum, memang manis. Lebih manis bila kelihatan 2 batang gigi arnabnya itu

4 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

semoga kesihatan Qaisara terus bertambah baik dan segera pulih sepenuhnya...

iryantyismail berkata...

alhamdulilah..semoga qaisara ceria kembali...dan terus aktif seperti sediakala..amin

Kamsiah yusoff berkata...

alhamdulillah...Qaisara...semoga sembuh sepenuhnya...

shaliza berkata...

Alhamdulillah....insya-Allah bertambah sihat lagi bila dah keluar spital...kat private bukan ratus lagi...dah makan riban2 dah:-)