Halaman

Rabu, 4 Mac 2015

Esok



Demam dan batuk ibu_suri buat aku sikit resah juga. Batuknya mengokol hingga menyakitkan otot perut. Tak mahu pula bila diajak ke klinik. Makan pagi juga aku paksakan walaupun sekadar setengah keping roti.

Dia minta aku jangan pergi bila aku bercadang nak keluar riadah, rutin setiap pagi. Belas rasa hati, aku tunda ke petang nanti... harapnya. Malam nanti aku ada usrah; tak pasti sejauhmana aku boleh bawa dia bersama.

Bila memandang wajahnya yang sedang tidur dengan dengkur yang serata, terdetik pula di hati betapa beruntungnya aku masih sihat untuk menjaganya. Memang, aku jarang sakit. Kalau pun ada, masih boleh bangun untuk kemas rumah atau keluar bawa dia jalan-jalan.

Sesungguhnya, Allah itu Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui. Di jadikan setiap pasangan itu dengan keistimewaan dan kelemahan masing-masing. Mereka akan saling lengkap melengkapi dalam membina rumahtangga yang harmoni. Maka jika ada yang tidak harmoni bermakna pasangan itu tidak menghargai apa yang Allah takdirkan kepada mereka.

Aku tidak tahu, esokku bagaimana....!

6 ulasan:

iryanty ahamad berkata...

mudhan ibu suri cepat sembuh amin..

betul im..suami isteri perlu hidup saling melengkapi...insyallah

❤Kamsiah❤ berkata...

alhamdulillah...semoga IM terus diberi kesihatan yg baik..serta ketabahan hati dalam menguruskan ibu suri..

Sham berkata...

Situasi kita terbalik IM..isteri yg byk jaga sy sekarang ni...setuju 300% bila IM ckp psl Allah mjadikan setiap pasangan dengan keistimewaan n kelemahan masing2...

JR berkata...

Pernah juga saya terpikir utk merungut tentang sesuatu yg kurang lengkap dlm kehidupan tapi bila memikirkan ramai yg nasibnya kurang baik berbanding kita, suara rungutan itu digantikan dengan kesyukuran kerana rupanya kita dijadikan Allah lebih baik dari sebahagian orang lain...

JR berkata...

Pernah juga saya terpikir utk merungut tentang sesuatu yg kurang lengkap dlm kehidupan tapi bila memikirkan ramai yg nasibnya kurang baik berbanding kita, suara rungutan itu digantikan dengan kesyukuran kerana rupanya kita dijadikan Allah lebih baik dari sebahagian orang lain...

Bearcat berkata...

Setiap pasangan memang saling melengkapi. Allah itu Maha Besar. Doa saya IM akan sentiasa sihat :)