Sian kat ibu_suri. Batuknya makin menjadi-jadi. Badan masih panas.
Malam tadi sementara aku masih berjaga, beberapa kali aku urut belakangnya dan menyuruh minum air kosong supaya basah di tekak. Tapi ntah bilalah masanya aku pula lena.
Tau-tau bila sedar waktu pagi, ibu_suri dah tidur dengan dengkuran selalunya itu.
Aku pelan-pelan capai seluar trek dan keluar untuk riadah. Dah beberapa minggu semenjak Akhmal mengamuk di susuli Qaisara masuk hospital dan sekarang ibu_suri pula demam, aku tak pergi ziarah mertua. Khabarnya, mertua pun tertanya-tanya kenapa kami tak datang jenguk mereka seperti selalu.
Mak aku di kampung juga aku tak berkesempatan balik menjenguk. Adikku yang menjaga mak juga khabarnya berhadapan dengan masaalah.
Hujung minggu ni ada mesyuarat agong pertubuhan pula.
Apapun aku masih tetap bersyukur kerana diri ini masih sihat dan mampu menghadapi semuanya. Cumanya aku perlu perbaiki amal ibadat kerana jangkahayat semakin singkat!
4 ulasan:
salams uncle,
semoga sentiasa dalam lindungannya dan semoga ibu suri cepat sihat, amin:)
Musim panas sekarang ramai yg demam. Ada sehari tu baru2 ini kepanasan sampai mencecah 38 darjah, dah sama dgn kepanasan di Mekah!
segalanya ujian . menguji ketabahan dan keredhaan menerima ujian Nya . semoga kesihatan ibu suri semakin baik ...
Istighfar bagi yang sihat dan syukur bagi yang kurang sihat Allah masih menyayangi kita dengan nikmat dan ujiannya.
Catat Ulasan