Sejak balik dari kampung ( Tapah dan Slim River ) 2 hari lepas, ibu_suri asyik bekurung dalam bilik. Sakit lutut akibat banyak bejalan buatkan dia sedikit derita dan murung. Selera makan juga merudum. Lebih banyak tidur.
Semalam juga ntah berapa kali terbuang air di dalam bilik. Aku lontar cadangan supaya carpet di bilik itu ditukar saja dengan tikar getah atau tikar buluh supaya mudah basuh tetapi ibu_suri tak benarkan. Lagipun carpet tu dah lama. Dibeli semasa Along dan Angah kecil lagi. Dah patut pun tukar, pujukku namun ibu_suri tetap juga geleng kepala.
Aku pun, sejak balik kampung hingga hari ini lansung tak keluar riadah seperti pagi selalu. Solat di masjid juga tidak sebaliknya di rumah sahaja. Berat sahaja rasanya perasaan ini.
Sekejap lagi aku ingat nak recycle sahaja nasi bungkus semalam yang tak disentuh pun oleh ibu_suri. Nasi itu agak banyak. Kalau melihatkan nafsu makan ibu_suri hari ini aku rasa kongsi berdua pun sudah memadai. Aku pun sekarang ini sedang belajar makan sedikit sahaja setiap kali. Melihatkan ramai saudaramaraku yang semakin uzur buatkan aku semakin insaf dan rasa perlu serius menjaga kesihatan.
6 ulasan:
Semuga ibu suri segera sembuh.
Usia kita mmg dah kena menjaga kesihatan lebih dari waktu muda dulu...
memang letih kalau berjalan..mudahan ibu suri pulih sakit lutunya..amin...
Sejak anak pertama saya tak pernah taruh karpet dalam bilik tidur atas nasihat doktor yg kata ia tak baik untuk kesihatan sebab karpet banyak simpan abuk. Karpet cuma diletak d ruang tamu, itu pun karpet paling kecil kerana saya lebih suka tikar buluh..
Bunda dah lama tak guna carpet kat rumah...bukan saja malas nak bersihkan habuk...tspi juga masaalah resdung dan asma...
saya jugak dah lama buang karpet..langsung tak guna karpet dalam rumah...pertamanya malas nak vakum tiap hari..keduanya masalah resdung..
Secara personal, saya memang tak suka letakkan karpet di dalam rumah. Walaupun kerap vakum, habuknya tu kadang-kadang boleh buatkan satu family kami jadi semput disebabkan debu dari karpet tu.
Catat Ulasan