Rabu, 25 Mac 2015

Tentang Kita


Hari ini aku tak keluar riadah. Sebaliknya isikan masa hampir setengah hari menguruskan e-filling, membuat rayuan permohonan BRIM dan juga menghantar kain yang baru aku belikan untuk ibu_suri semalam untuk tempahan bajunya.

Aku sebenarnya cuba-cuba saja minta BRIM walaupun sebenarnya kalau ikut gaji aku sebelum berhenti dulu melampaui taraf kelayakan. Untung sabut timbul... betul kan? 

Along menalipon aku bila dia tahu itu.

"Ayah bubuh nama sapa sebagai tanggungan?"

"Ibu la..."

"Along pun bubuh nama ibu... "

Laaa... Pandai pandai aje depa ni. Guna nama ibu tapi bila dapat duit tak nampak pun bagi sikit kat ibu dia. Aspalela...

Kesian juga kat ibu_suri kerana terpaksa tunggu lama dalam kereta yang walaupun masih dengan hawa dingin tapi panas di luar kalau ikut paparan skrin talipon aku adalah 26 darjah C. Sabar sahaja dia.

Semasa melilau mencari kedai untuk fotostat dokumen, aku tertarik untuk singgah disebuah kedai kain yang menjual cd. Kegemaran aku ni.... mencari cd-cd nasyid lama atau yang lain dari yang lain. Yeah... aku terjumpa cd kumpulan 6 Sense - TENTANG KITA. Memuatkan 9 lagu-lagu religi. Setelah aku layari youtube, aku ambil keputusan untuk memilikinya sebagai tambahan kepada koleksi album Indonesia yang ada seperti Wali Band dan Opick. Sedang mencari album religi kumpulan Ungu pula.

Yang selalu membebel dengan fe'el aku ni sudah tentu lah ibu_suri!

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

wah, abang IM pun minat 6th sense. pada saya cuma boleh tahan je. tapi opick tu memang sedap.

iryantyismail berkata...

semoga permohonan kali nie..ada rezeki im..amin...
yan suka lagu opick...menyentap jiwa

ANIM berkata...

bagi chancelah kami dengar lagu 6th sense tu ..

insan marhaen berkata...

anim,

nanti saya akan sisipkan satu dua lagu ke music box blog saya...

JR berkata...

26 darjah celcius sangat OK lah tu, kami di Aloq Setaq sekarang ni 36 darjah.. Dua hari lepas 38 darjah!!

Ibu n Abah berkata...

Muzik bagai terapi juga..
Sesekali perlu juga...
Opick .. Saya suka
Liriknya sgt menyentuh